Senarai Berita

Sarawak bakal wujudkan badan tunggal urus bekalan air

KUCHING, 9 Dis -- Sarawak merancang untuk menubuhkan satu entiti bagi mengendali dan menguruskan bekalan air di seluruh negeri di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanannya, kata Menteri Utiliti negeri Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.


KPower sasar lonjakkan nilai perolehan kontrak sebanyak RM2 bilion lagi

KUALA LUMPUR, 9 Dis -- Kumpulan Powernet Bhd (KPower), yang mencatatkan nilai perolehan kontrak dari Malaysia, negara-negara ASEAN dan Nepal berjumlah RM1.4 bilion, menyasar untuk meningkatkan nilai itu dengan sebanyak RM2 bilion lagi pada tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2021.


Thunder Cranes raih kontrak Petronas Carigali

Oleh Jailani Hasan

 LABUAN, 9 Dis -- Thunder Cranes Sdn Bhd berjaya memperoleh kontrak tiga tahun daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) membabitkan pembekalan perkhidmatan sewa kren luar pesisir di aset-aset milik PCSB di Malaysia.


Fitch turunkan penarafan Petronas kepada BBB+ dengan unjuran stabil

KUALA LUMPUR, 8 Dis -- Fitch Ratings menyemak turun Penarafan Mungkir Penerbit (IDR) mata wang asing dan tempatan jangka panjang Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kepada 'BBB+' daripada 'A-', dengan unjuran stabil.


Perjanjian Sarawak-Petronas, isyarat era baharu pembangunan O&G di Sarawak - SPECA

Oleh Hamdan Ismail

KUCHING, 7 Dis -- Perjanjian penyelesaian komersial yang ditandatangani di antara Sarawak dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini memberi isyarat permulaan baharu kepada industri minyak dan gas (O&G) di negeri itu, menurut Persatuan Kontraktor Petroleum Sarawak (SPECA).


Petronas, Sarawak meterai perjanjian penyelesaian komersial, bentuk rangka kerja perundingan

KUALA LUMPUR, 7 Dis -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan kerajaan negeri Sarawak hari ini memeterai perjanjian penyelesaian komersial mengenai isu-isu yang melibatkan cukai jualan dan undang-undang perlombongan minyak negeri itu.


2020: Industri minyak dan gas terjejas ekoran harga menjunam akibat COVID-19

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 7 Dis -- Tahun ini industri minyak dan gas diselubungi dengan kebimbangan dan kegusaran hingga menyebabkan harga jatuh menjunam ekoran lebihan bekalan di seluruh dunia dan penurunan permintaan yang disebabkan oleh penularan pandemik COVID-19 yang hampir melumpuhkan aktiviti ekonomi kebanyakan negara.


Dasar tenaga, gas asli Malaysia perlu setanding negara lain -- MGA

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Dasar-dasar dan inisiatif kerajaan Malaysia khususnya Dasar Tenaga Negara dan Pelan Hala Tuju Gas Asli (NGR) yang sedang dirangka, perlu setanding dengan negara-negara pengeluar utama bahan tersebut.


Eksport LNG Malaysia bagi Jan-Sept 2020 bernilai RM23 bilion - Mustapa

KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Eksport gas asli cecair (LNG) Malaysia untuk 2020 dijangka merosot, dengan eksport LNG bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini bernilai sekitar RM23 bilion.


Penggalakan penggunaan gas asli akan kurangkan kesan buruk perubahan iklim

KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Penggalakan penggunaan gas asli sebagai bahan api peralihan ketika mempercepatkan penerimagunaan tenaga boleh diperbaharu serta meningkatkan pemuliharaan tenaga sebagai pembangunan jangka sederhana dan panjang, boleh menjadi penyelesaian berdaya maju terhadap kesan perubahan iklim yang membimbangkan.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]