Senarai Berita

Mah Sing Plastics meterai perjanjian PV RM12 juta dengan Plus Solar

KUALA LUMPUR, 25 Nov -- Mah Sing Plastics Industries Sdn Bhd (MSPI) memberikan projek pemasangan solar fotovolta bernilai (PV) RM12 juta kepada penyedia tenaga bersih Plus Solar Systems Sdn Bhd (Plus Solar) untuk melengkapkan kilang pintarnya di klang, Selangor.


SIRIM bangun penyelesaian inovatif bagi pengeluaran biogas

Oleh Sharifah Hunaini Syed Ismail

KUALA LUMPUR, 24 Nov -- Bagi menyokong industri biogas, SIRIM Bhd telah membangunkan penyelesaian inovatif untuk pengeluaran biogas dan menaik taraf kualitinya kepada bahan api seperti gas asli atau Gas Asli Bio (BioNG).


Untung bersih Serba Dinamik naik kepada RM148 juta pada suku ketiga

KUALA LUMPUR, 23 Nov -- Keuntungan bersih Serba Dinamik Holdings Bhd meningkat kepada RM148 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020 daripada RM113.16 juta dalam tempoh sama pada tahun lepas. 


MIDA gesa peserta industri minyak sawit mohon DISF Industry4WRD

KUALA LUMPUR, 23 Nov -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menggesa peserta industri minyak sawit Malaysia supaya memohon Dana Strategik Pelaburan Tempatan (DISF) Industry4WRD.


Sarawak mahu jadi pengeksport hidrogen utama - Abang Johari

KUCHING, 23 Nov -- Sarawak boleh menyertai kumpulan negara-negara pengeluar hidrogen menjelang 2050 sekiranya berjaya memanfaatkan potensi sumbernya untuk menghasilkan sumber tenaga boleh diperbaharu ini, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.


Samaiden peroleh kontrak loji tenaga biojisim EPCC bernilai RM115.6 juta

KUALA LUMPUR, 23 Nov -- Samaiden Group Bhd memperoleh kontrak bernilai RM115.6 juta daripada unit BTM Resources Bhd, BTM Biomass Products Sdn Bhd bagi membangunkan loji tenaga diperbaharui biojisim (RE) 10MWac di Teluk Kalong, Terengganu. 


Sarawak Energy siapkan kerja-kerja bagi membolehkan lencongan Sungai Hep Baleh

KUCHING, 21 Nov  --  Projek Hidroelektrik Baleh (HEP), projek hidrokuasa terbesar Sarawak Energy Bhd setakat ini, yang berkapasiti 1,285 MW telah mencatat pencapaian penting dengan kejayaan menyiapkan terowong dua lencongan, pengalihan sungai dan kerja-kerja penutupan pada Oktober.


MIDA galak kerjasama antara BiON, SIRIM Tech Venture

KUALA LUMPUR, 20 Nov -- BiON Group of Companies (BiON) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan SIRIM Tech Venture Sdn Bhd (STV), anak syarikat milik penuh SIRIM Bhd, ke arah mengukuhkan pertumbuhan ekosistem bio-tenaga.


Petronas gesa kerjasama serantau lebih kukuh bagi peralihan tenaga global

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menggesa kalangan kerajaan ASEAN, penggiat tenaga serta sektor awam dan swasta untuk bekerjasama dan saling memanfaatkan kekuatan masing-masing bagi mencapai masa depan karbon yang rendah serta mampan.


BiON PLC, GLT meterai MoU wujudkan pengendali loji tenaga Biogas terbesar di Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- BiON PLC, penyedia penyelesaian kejuruteraan alam sekitar dan tenaga boleh diperbaharui, melalui anak syarikat milik penuhnya, BiON Sdn Bhd (BSB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Green Lagoon Technology Sdn Bhd (GLT) untuk membentuk penggabungan dan mewujudkan pengendali loji tenaga biogas terbesar di negara ini.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]