Senarai Berita

Serba Dinamik perluas program CSR 'Serba Care Team' di peringkat global

KUALA LUMPUR, 1 Okt -- Serba Dinamik Holdings Bhd sedang memperluas program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah kempen ‘Serba Care Team’ di peringkat global dengan menumpukan tiga aktiviti kemampanan utama -- keselamatan dan kesihatan; pembangunan pendidikan serta persekitaran hijau.


Sarawak sasar bekalan elektrik untuk 22,360 rumah luar bandar

KAPIT (Sarawak), 29 Sept  -- Sarawak melalui syarikat tenaganya, Sarawak Energy Berhad, menyasarkan membekalkan elektrik untuk 22,360 rumah luar bandar di negeri ini dalam beberapa tahun mendatang dengan akses penuh bekalan elektrik 24 jam.


Serba Dinamik kurangkan pergantungan kepada perolehan minyak

KUALA LUMPUR, 25 Sept -- Serba Dinamik Holdings Bhd menyasar untuk mengurangkan kebergantungan syarikat kepada perolehan minyak dan gas pada kira-kira 40 hingga 45 peratus menjelang 2022.


Industri minyak dan gas dijangka alami era penggabungan mega - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 18 Sept -- Impak pandemik COVID-19 ke atas industri minyak dan gas, ditambah dengan aktivisme agenda hijau, boleh mendorong penggabungan dan penyatuan mega dalam kalangan syarikat utama industri ini, kata Penganalisis AmInvestment Bank Bhd, Alex Goh.


Petronas lunas bayaran penuh cukai jualan negeri tahun 2019 kepada Sarawak

KUCHING, 17 Sept -- Kerajaan negeri Sarawak telah menerima pembayaran penuh cukai jualan negeri (SST) sebanyak lima peratus produk petroleum negeri untuk 2019 daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.


TNB kuasai pegangan majoriti dalam syarikat solar terbesar di UK

KUALA LUMPUR, 17 Sept -- Tenaga Nasional Berhad (TNB), menerusi subsidiari milik penuhnya, TNB International Sdn Bhd (TNBI) hari ini meningkatkan pegangan ekuiti dalam Vortex Solar Investments S.a.r.l. (Vortex Solar) daripada Beaufort Investments S.a.r.l, satu subsidiari EFG Hermes Holding SAE pada nilai GBP11.0 juta.


Sapura Energy raih kontrak bernilai RM840 juta

KUALA LUMPUR, 17 Sept -- Kumpulan Sapura Energy telah memperoleh dua projek besar di Amerika Selatan serta kontrak penggerudian di Ivory Coast dengan gabungan nilai sebanyak RM840 juta, menjadikan jumlah projeknya setakat ini bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari, 2021 kepada RM1 .6 bilion.


Pematuhan mandatori di EU akan wujudkan persaingan adil - EPOA

KUALA LUMPUR, 14 Sept -- Cadangan Perikatan Minyak Sawit Eropah (EPOA) bagi pematuhan mandatori peringkat Kesatuan Eropah (EU) untuk syarikat menggunakan minyak sawit dan sayuran lain, akan dapat mewujudkan persaingan adil serta memastikan kerangka perundangan konsisten bagi semua syarikat.


MPIA lancarkan Jerayawara Solar 2020-2021

KUALA LUMPUR, 14 Sept -- Persatuan Perusahaan Fotovolta Malaysia (MPIA) melancarkan ‘jerayawara solar’ bagi menyokong saranan kerajaan untuk mencapai kapasiti penjanaan tenaga boleh baharu sebanyak 20 peratus negara di negara ini menjelang 2025.


Petronas tingkatkan akses tenaga bersih menerusi saluran paip maya

KUALA LUMPUR, 8 Sept -- Petronas melancarkan penyelesaian Sistem Paip Maya (VPS) melalui Terminal Regasifikasi Pengerang (RGT), Pengerang, Johor baru-baru ini sebagai sebahagian daripada penyelesaian terkini berteraskan pelanggan untuk memudahkan pertumbuhan penggunaan tenaga bersih di seluruh Semenanjung.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]