Senarai Berita

Guna tenaga informal berjumlah 2.54 juta pada 2019

PUTRAJAYA, 23 Julai -- Sebanyak 2.54 juta orang terlibat dalam guna tenaga informal pada tahun lepas yang merangkumi 1.26 juta dalam sektor informal dan selebihnya dalam pertubuhan sektor formal dan isi rumah, menurut Jabatan Perangkaan.


Eversendai serah projek struktur jaket tenaga boleh diperbaharui luar persisir Eropah

KUALA LUMPUR, 21 Julai -- Anak syarikat milik penuh Eversendai Corporation Bhd (Eversendai), Eversendai Offshore RMC FZE telah menyerahkan projek struktur jaket tenaga boleh diperbaharui luar persisir Eropah pertamanya untuk kincir angin luar pesisir Hollandse Kust Zuid (HKZ) di Belanda.


Projek Hidroelektrik Baleh berjalan lancar -- Sarawak Energy

KUCHING, 12 Julai --  Projek Hidroelektrik Baleh (HEP) di daerah Kapit yang berkapasiti 1,285 MW, berjalan lancar bagi mencatat pencapaian penting pembinaannya meskipun berdepan cabaran mengendalikan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta memastikan pasukan di tapak terbabit bebas jangkitan COVID-19.


Curi elektrik: ST dan TNB serbu dua premis melombong matawang kripto

PELABUHAN KLANG, 8 Julai -- Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyerbu dua premis perniagaan matawang kripto di Taman Pendamar Indah di sini, kerana disyaki beroperasi dengan mencuri bekalan elektrik.


Serba Dinamik jual 25.2 peratus kepentingan di syarikat tersenarai di Singapura, CSE Global

KUALA LUMPUR, 7 Julai -- Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) menjual keseluruhan 25.2 peratus kepentingan ekuitinya dalam syarikat teknologi tersenarai di Singapura, CSE Global Ltd di pasaran terbuka sebanyak RM177.33 juta.


Abang Johari tinjau Projek Hidroelektrik Baleh

KUCHING, 7 Julai  -- Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini melawat Projek Hidroelektrik Baleh (HEP) untuk melihat sendiri salah satu projek pembangunan infrastruktur strategik Sarawak, yang apabila siap kelak akan meningkatkan penjanaan tenaga hidro yang boleh diperbaharui dan jaminan tenaga elektrik untuk Sarawak.


Polisi Nuklear dan Sinaran mangkin pematuhan penggunaan tenaga atom

KUALA LUMPUR, 7 Julai -- Pernyataan Polisi Pengawalseliaan Keselamatan Nuklear dan Sinaran yang diluluskan Jemaah Menteri pada 17 Jun lalu akan menjadi pemangkin kepada pematuhan keselamatan oleh pemegang lesen yang menggunakan tenaga atom dalam bidang industri, penyelidikan, perubatan dan bidang berkaitan lain.


PETRONAS labur dalam pemula niaga tenaga boleh diperbaharui

KUALA LUMPUR, 3 Julai -- PETRONAS melalui bahagian modal teroka korporatnya, PETRONAS Ventures telah memeterai perjanjian dengan pemula niaga tenaga, SOLS Energy Sdn Bhd bagi melabur dalam sistem fotovoltaik solar (PV) yang mampu menyediakan tenaga lestari untuk sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta kediaman di Malaysia.


Hab petrokimia akan dibangunkan di Bintulu

BINTULU, 2 Julai  -- Kerajaan Sarawak telah mengenal pasti tapak seluas 1,068 ekar (432.2 hektar) di Tanjung Kidurong di sini untuk pembangunan hab petrokimia.


Serba Dinamik raih tiga kontrak asing bernilai RM543.5 juta

KUALA LUMPUR, 30 Jun -- Anak syarikat Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) di luar negara berjaya memperoleh tiga kontrak di Indonesia dan Zambia dengan gabungan nilai kontrak kira-kira US$126.8 juta (kira-kira RM543.5 juta).




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]