Berita

Linde bina loji baharu bernilai RM28 juta di Muar



KUALA LUMPUR, 18 Feb -- Linde Malaysia hari ini mengumumkan ia telah menyiapkan dan memulakan loji baharu di Muar, Johor untuk membekalkan nitrogen gas ketulenan tinggi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Linde berkata loji bernilai RM28 juta itu direka dan dibina terutamanya untuk menyokong permintaan yang kian meningkat daripada STMicroelectronics, pengeluar semikonduktor global terkemuka yang mempunyai kilang di Muar.

"Dibina dengan teknologi canggih, ECOGAN5 ialah loji yang menjimatkan tenaga, cekap dari segi kos dan boleh dipercayai serta mampu membekalkan aliran nitrogen gas secara berterusan,” katanya.

Presiden Linde (Asean), Binod Patwari berkata pelaburan itu merupakan bukti komitmennya bukan sahaja untuk industri elektronik di Malaysia tetapi juga pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan.

"Linde mempunyai hubungan lama dengan STMicroelectronics iaitu lebih 30 tahun, dan saya bangga melihat kerjasama kami terus berkembang,” ujarnya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]