Berita

Uzma peroleh dua lesen daripada Suruhanjaya Tenaga untuk import LNG



KUALA LUMPUR, 17 Feb -- Uzma Bhd, menerusi anak syarikat milik penuhnya Uzma Engineering Sdn Bhd memperoleh dua lesen daripada Suruhanjaya Tenaga bagi mengimport gas asli cecair (LNG) untuk pengegasan semula serta lesen penghantaran bagi mengangkut atau mengedar gas asli di Malaysia. 

Lesen berkenaan dikeluarkan mengikut Akta Bekalan Gas 1993 (Akta 501) (seperti yang dipinda Akta Bekalan Gas 2016 (pindaan) yang berkuat kuasa pada 17 Feb, 2021 dan sah sehingga tempoh 10 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Uzma Datuk Kamarul Redzuan berkata lesen tersebut membolehkan kumpulan itu terus menyokong sektor tenaga Malaysia dan mempelbagaikan perniagaan hilirannya.

“Uzma Group berazam untuk memanfaatkan peluang baharu dalam bidang LNG dan memainkan peranan penting dalam memastikan keperluan tenaga negara dipenuhi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Uzma berkata lesen tersebut membolehkan kumpulan itu mengangkut LNG ke terminal pengegasan semula ke dalam atau di dalam Malaysia menerusi pemunggahan, dan untuk mengangkut atau mengedar gas asli menerusi terminal pengegasan semula atau saluran paip ke premis pengguna di Malaysia di bawah sistem Akses Pihak Ketiga.

Segmen perniagaan baharu ini adalah sebahagian daripada rancangan lima tahun Uzma untuk meluaskan lagi asas pendapatannya dan membangunkan gabungan pendapatan kukuh daripada projek  minyak dan gas yang berterusan serta segmen yang terdiri daripada pendapatan yang stabil dan berulang.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]