Berita

Petronas, Sumitomo jalin kerjasama pemasaran dan bekal simpanan LNG



KUALA LUMPUR, 11 Feb  -- Petronas Trading Corporation Sdn Bhd (Petco), anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), telah memeterai satu memorandum kerjasama (MoC) dengan firma Jepun, Sumitomo Corporation bagi pemasaran dan membekal kemudahan simpanan gas asli cecair (LNG) serta perkhidmatan berkaitan di bawah jenama Petronas Marine di Malaysia serta Teluk Tokyo, Jepun.

Dalam kenyataan bersama pada Khamis, Petronas dan Sumitomo Sorp berkata MoC itu juga disasarkan bagi mewujudkan platform industri serta rantaian bekalan secara menyeluruh untuk menawarkan lebih banyak LNG yang cekap kos bagi kegunaan bahan api marin serta mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang dikaitkan dengan pengangkutan maritim.

Ini juga sejajar peranan penting LNG sebagai bahan api generasi seterusnya untuk memenuhi permintaan bahan api simpanan dalam industri maritim.

Malah, atas alasan itu, kedua-dua syarikat terbabit komited untuk menggalakkan penyelesaian tersebut ke pasaran menerusi pemilikan infrastruktur yang tepat, memastikan ketersediaan bekalan serta melalui nasihat kepada para pengguna.

“Sejajar peranan sebagai rakan penyelesaian dan tenaga progresif, kami sentiasa meninjau agar dapat bersama-sama mewujudkan persekitaran pasaran mampan dengan kalangan penggiat industri.

“Kami turut memperakui peranan untuk penyampaian bahan api generasi seterusnya bagi memenuhi permintaan bunker simpanan dalam industri maritim,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Petco Shamsul Bahari Salleh.

Sementara itu, Pengurus Besar Sumitomo Corp Shu Nakamura berkongsi rasa bangga serta yakin bahawa kerjasama membabitkan Petronas dan Sumitomo akan membuka peluang bagi pembangunan LNG sebagai bahan api bersih marin di Malaysia serta Teluk Tokyo.

Menurutnya, ini penting dari segi strategik sebagai hab marin untuk kedua-dua pihak terbabit.

“Menerusi perjanjian ini, kami akan meneruskan matlamat untuk mewujudkan rangkaian penyimpanan LNG yang komprehensif. Ini juga seiring dengan penekanan terhadap komitmen kami untuk menawarkan penyelesaian dan teknologi terbaik kepada para pelanggan dalam usaha mengurangkan jejak pencemaran membabitkan pengangkutan maritim,” katanya.

Pada November 2020, Petronas berjaya melaksanakan pemindahan pertama simpanan LNG kapal ke kapal di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor, iaitu dari kapal MV Avenir Advantage yang juga kapal simpanan LNG (LBV) pertamanya di bawah jenama Petronas Marine bagi menggalakkan penggunaan LNG sebagai bahan api marin yang lebih bersih.

Sumitomo juga telah membuat tempahan sebuah kapal LBV menerusi usaha sama, Ecobunker Shipping Co Ltd, yang akan memulakan perkhidmatan simpanan LNG di Teluk Tokyo pada tahun ini.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]