Berita

Coastal Contracts meterai perjanjian bagi pembinaan loji di Mexico



KUALA LUMPUR, 18 Feb  --Coastal Marine Pte Ltd milik penuh Coastal Contracts Bhd dan rakan usaha sama Mexico, Grupo Empresarial Alfair SAPI de CV (Alfair) telah memperoleh kontrak bernilai RM258.7 juta untuk membina loji pemprosesan ‘gas sweetening’ di Mexico.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Coastal Ng Chin Heng berkata projek selama 32 bulan itu dijangka dapat meningkatkan prestasi kewangan syarikat dan menambahkan pendapatannya dalam jangka pendek hingga sederhana.

"Menerusi kontrak ini, kumpulan itu mempunyai pertapakan di sektor pemprosesan gas asli. Kami percaya ada lebih banyak peluang di sektor pertengahan (midstream) di Mexico pada masa depan kerana trend permintaan gas asli terus meningkat seiring dengan pertumbuhan di sektor industri dan tenaga," katanya.

Loji itu akan dibina oleh anak syarikat asingnya, Coastoil Dynamic S.A. de C.V., untuk syarikat petroleum milik kerajaan Mexico, Petroleos Mexicanos (Pemex), di telaga Ixachi di Veracruz.

Loji ini mampu memproses hingga 180 juta kaki padu ‘wet sour gas’ sehari.

Skop kerja projek ini merangkumi kejuruteraan, perolehan, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan untuk loji ‘sweetening gas’.

Tempoh ditetapkan kontrak ini adalah 32 bulan dan berkemungkinan dilanjutkan oleh Pemex.

Alfair adalah sebahagian daripada Nuvoil Group yang berpengalaman selama 23 tahun dalam pengendalian gas asli dan pemprosesan loji di Mexico.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]