Ko Chuan Zen, co-founder and chief executive officer
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 17 Feb -- Pandemik telah menyebabkan kekangan terhadap penggiat tenaga boleh diperbaharui (RE) menjalankan perniagaan dan kini dianggap sebagai cabaran terbesar yang dihadapi oleh sektor tersebut.
Bagaimanapun, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif penyedia penyelesaian solar fotovoltaik (PV) Plus Solar Systems Sdn Bhd, Ko Chuan Zen berpendapat wujud peluang dalam tempoh sukar ini dan penggiat RE telah berusaha mengubah pemikiran rakyat Malaysia serta komuniti perniagaan dalam melihat potensi dalam RE.
"Kami telah berjaya di banyak platform dengan pelanggan seperti Ajiya Bhd dan Mah Sing Plastics Industries Sdn Bhd, antara syarikat terkemuka yang menggunakan RE dan menikmati penjimatan hingga 25 peratus," katanya kepada Bernama.
Walaupun pandemik COVID-19 memberi cabaran kepada semua dengan fasa pemulihan hanya akan berlaku pada separuh kedua tahun 2021, Plus Solar yakin akan prospek pada tahun 2021 serta dapat menyumbang kepada sasaran RE yang disemak semula iaitu 31 peratus pada tahun 2025 dan 40 peratus pada tahun 2035.
“Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) 3.0 menyediakan peluang bagi lebih banyak pengguna untuk memasang sistem PV solar di bumbung bangunan atau rumah masing-masing untuk pengurangan bil elektrik.
"Melalui program ini, pengguna di sektor industri dan komersial telah melihat penjimatan yang besar dan ini akan terus meningkatkan trend untuk tenaga bersih, penggunaan tenaga telah dikenal pasti sebagai antara perbelanjaan operasi yang utama untuk pemilik perniagaan bersama dengan bahan mentah, tenaga kerja dan penyewaan apabila mereka melakukan pelaburan,” katanya.
NEM 3.0 yang merangkumi NEM Rakyat (isi rumah), NEM GoMEn (bangunan kerajaan) dan NOVA (untuk bangunan komersial dan perindustrian), akan berkuat kuasa mulai tahun 2021 hingga 2023 dengan jumlah diperuntukkan sebanyak 500MW (megawatt).
Ko berkata dengan Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) yang menarik oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan NEM 3.0 yang akan berlangsung sehingga 2023, orang ramai akan mula menyedari bahawa tenaga suria bukan lagi sesuatu yang dianggap mewah tetapi ia adalah penting dan mampu dimiliki.
"Digitalisasi tenaga juga akan menjadi tumpuan kami dengan sistem pengurusan prestasi tenaga AIoT (kecerdasan buatan Internet) Plus Solar yang dikenali sebagai ‘SOURCE’, ia memberi keuntungan kepada pemilik perniagaan untuk mengubah data tenaga bangunan mereka menjadi penjimatan tenaga pintar.
"Kami melancarkan sistem ini tahun lepas kerana syarikat telah melihat sejauh mana ia dapat menyelesaikan masalah pemilik perniagaan, mereka dapat penjimatan tenaga sehingga 25 peratus," katanya.
Ko berkata Plus Solar akan terus mengembangkan perniagaannya ke luar negara seperti di Vietnam berikutan sokongan kerajaan untuk tenaga solar.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]