Senarai Berita

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


Pemacuan Peralihan Tenaga Perlu Kerjasama Yang Lebih Banyak - Mga

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Pemacuan inovasi dan kemampanan dalam peralihan teraga memerlukan kerjasama yang lebih banyak dalam kalangan pihak berkepentigan industri, kata Persatuan Gas Malaysia (MGA).


Kerosakan Kabel Bawah Tanah Punca Gangguan Bekalan Elektrik Di Labuan - Sesb

KOTA KINABALU, 3 April (Bernama) -- Kerosakan kabel bawah tanah milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) merupakan punca kepada gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Labuan Isnin lepas, kata Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Mohd Yusmanizam Mohd Yusof.


Sarawak Energy Belanja Rm42 Juta Tambah Baik Bekalan Elektrik

SIBU, 2 April (Bernama) -- Sarawak Energy Berhad memperuntukkan RM42 juta pada tahun lepas bagi membiayai beberapa projek penambahbaikan di sekitar kawasan Sibu, Kanowit, Kapit, Daro dan Dalat di bahagian tengah Sarawak bagi memastikan kestabilan bekalan elektrik kepada pengguna.


Jentayu Peroleh Kelulusan Sc Ambil Alih Aset Telekosang Hydro, Jentayu Solar

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Syarikat senaraian Pasaran Utama, Jentayu Sustainables Bhd telah menerima kelulusan utama bersyarat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi memperoleh aset Telekosang Hydro dan Jentayu Solar, yang akan memacu kumpulan itu menjadi pemain tenaga boleh diperbaharui.


Sarawak Energy Kini Penaung Majlis Tenaga Dunia, Pertama Dari Asia Tenggara 

KUCHING, 29 Mac (Bernama) -- Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.


Gentari Setuju Saranan Tubuh Konsortium Bantu Pemain Solar - Dpmm

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Cabang tenaga hijau Petronas, Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar yang berkelayakan untuk diberi kontrak pada masa hadapan, kata Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).


Melangkaui Tenaga, Malakoff Lebar Sayap Perniagaan Dalam Segmen Baharu

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd kini melangkah maju dengan melebarkan sayap daripada bergelar pengeluar tenaga bebas (IPP) kepada penjana tenaga global serta penyelesaian alam sekitar selepas memulakan perjalanan dalam segmen baharu, khususnya menerusi pengambilalihan Alam Flora Sdn Bhd pada 2019.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]