Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Malaysia akan mempelbagaikan rakan dagang untuk meneroka pasaran baharu bagi eksport produk berkaitan solar dalam keadaan ketegangan geopolitik dan perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS).
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Malaysia membantah duti import solar yang dikenakan ke atas Malaysia, dan syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya 40 peratus kandungan tempatan perlu dikecualikan daripada tarif.
“Solar sebenarnya harga yang murah, dapat membantu dalam usaha mencapai (pelepasan karbon) sifar bersih dunia.
“Oleh itu, saya harap AS dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya untuk syarikat-syarikat solar yang berpangkalan di Malaysia,” katanya kepada Bernama selepas menyertai dan merasmikan program ‘Fun Run Bernama Radio & MITI’ di Tasik Titiwangsa di sini, pada Khamis.
Beliau menegaskan bahawa Malaysia, sebagai sebuah negara dalam blok ekonomi kelima terbesar dunia, menjalinkan hubungan baik dengan semua pihak sama ada dari segi perdagangan, pelaburan dan juga diplomatik.
“Sebagai sebuah negara berteraskan perdagangan, kita mengambil langkah neutral dan tidak berpihak memandangkan kedua-dua kuasa besar (ekonomi) itu (AS dan China) penting dari segi perdagangan dan pelaburan untuk negara ASEAN,” katanya.
Tengku Zafrul berkata kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 juga memberikan kelebihan untuk menangani isu itu dengan lebih baik.
Sebelum ini, AS telah mengenakan tarif sebanyak 9.13 peratus ke atas import sel solar dari Malaysia.
Negara Asia Tenggara seperti Kemboja pula mengenakan tarif sebanyak 8.25 peratus, Thailand (23.06 peratus) dan Vietnam (2.85 peratus).
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]