KUALA LUMPUR, 17 Nov -- Menara Korporat Persada PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini diumumkan sebagai pemenang National Energy Awards (NEA) 2020 Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dalam Kategori 1: Kecekapan Tenaga bagi Pengurusan Tenaga (Bangunan Besar).
KUALA LUMPUR, 17 Nov -- Saham Sapura Energy Bhd di Bursa Malaysia meningkat semasa awal dagangan hari ini, dipacu oleh laporan bahawa syarikat itu memperoleh kontrak utama Timur Tengah yang ketiga di Qatar.
KUALA LUMPUR, 13 Nov -- Kumpulan Powernet Bhd (KPower) mencadangkan pecahan saham satu kepada empat dengan terbitan sehingga 150.8 juta waran percuma pada asas satu waran untuk setiap tiga saham biasa yang dipegang berikutan langkah pecahan saham.
KOTA KINABALU, 13 Nov -- Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang mengurus bekalan elektrik di Sabah, akan distruktur semula secara besar-besaran bagi memastikannya mampu berdaya saing selain memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat negeri itu.
KUALA LUMPUR, 9 Nov -- Serba Dinamik Group Bhd dan University Malaysia of Computer Science & Engineering (UniMy) telah memeterai sijil kerjasama (Certificate of Collaboration) yang membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama dalam menjalankan latihan teknikal dan perkongsian teknologi, kepakaran serta program pensijilan yang diiktiraf oleh Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), Politeknik Malaysia dari Terengganu.
KUALA LUMPUR, 5 Nov -- Kumpulan Powernet Bhd (KPower) memperoleh kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) pertama di Indonesia bernilai RM54.6 juta iaitu bagi loji jana kuasa hidro.
KUALA LUMPUR, 2 Nov -- OpenSys (M) Berhad menyasarkan 10 rakan penyedia perkhidmatan, perbankan dan insurans mendaftar untuk platform tenaga solar dalam taliannya, bySolar menjelang Disember ini.
KUCHING, 31 Okt -- Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM2.37 bilion bagi projek bekalan elektrik luar bandar pada 2019 dan 2020 dengan sasaran untuk mencapai pembekalan elektrik sepenuhnya di kawasan luar bandar negeri ini menjelang 2025, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini.
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Solarvest Holdings Bhd (Solarvest) berharap kerajaan akan memperkenalkan lebih banyak insentif berkaitan tenaga dalam Belanjawan 2021, khususnya pengecualian cukai bagi aktiviti pajakan tenaga solar bagi memacu pelaburan dalam industri itu.
KUALA LUMPUR, 28 Okt -- FGV Holdings Bhd (FGV) membina loji tenaga biogas di kilang minyak kelapa sawit Triang di Bera, Pahang, baru-baru ini, loji tenaga biogas tenaga boleh baharu terbesar syarikat itu setakat ini.
© 2021 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) with 1920 x 1080 resolution
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, portal@bernama.com ]