KUALA TERENGGANU, 25 Julai (Bernama) -- TDM-YT Plantation Sdn Bhd menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan JAKS Solar Power Holdings Sdn Bhd untuk membangunkan ladang solar berskala besar di Lembah Bidong, Setiu.
TDM-YT Plantation merupakan cabang perladangan TDM Bhd, syarikat milik kerajaan negeri Terengganu.
Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah TDM-YT Plantation Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata pembangunan ladang solar seluas 700 hektar berkapasiti 200 MegaWatt (MW) itu melibatkan pelaburan bernilai RM800 juta.
“Kerjasama itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil serta menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang lebih bersih dan mampan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, TDM-YT Plantation dijangka memeterai perjanjian pajakan bersama Konsortium JAKS, gabungan kerjasama antara JAKS Solar Power Holdings dan China Power Engineering Conaulting Group International Engineering Co. Ltd, yang bakal menawarkan potensi keuntungan sebanyak RM1 juta setahun kepada syarikat tersebut.
"Kami berharap kerjasama antara kedua-dua pihak ini akan membawa kejayaan besar serta impak positif kepada peningkatan sosio ekonomi negeri Terengganu," katanya.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif JAKS Resources Bhd Datuk Razali Merican Naina Merican berkata kerjasama tersebut perlu bagi memudahkan tawaran bidaan JAKS Solar Power Holdings sebagai pemajak yang akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Tenaga.
Beliau berkata Konsortium JAKS berpotensi meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu di Terengganu, sekali gus memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat setempat.
-- BERNAMA
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 harus merangkumi dasar yang lebih teguh dan fleksibel yang boleh membantu meningkatkan penerimagunaan tenaga solar dalam kalangan perniagaan dan pemilik rumah, demikian menurut Plus Xnergy Holdings Sdn Bhd.
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Pusat data Google di Malaysia yang baharu akan menjadi penanda aras korporat bagi penggunaan tenaga dan air secara cekap, seiring dengan amalan terbaik ekonomi kitaran negara.
KUCHING, 30 Sept (Bernama) -- Sebanyak 140 kampung di pelbagai daerah di Sarawak yang melibatkan 2,755 rumah kini menikmati bekalan elektrik yang stabil menerusi projek Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif Sarawak (SARES) Fasa 2.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]