Berita

Proton e.MAS 7 Nama Rasmi Kenderaan Elektrik Pertama Malaysia

Credit: Proton

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Model sulung jenama kenderaan elektrik pertama Malaysia secara rasminya akan dikenali sebagai Proton e.MAS 7, menurut Proton Holdings Bhd hari ini.

Syarikat automotif nasional itu menjelaskan Proton e.MAS 7 menandakan permulaan babak baharu dalam sejarah automotif negara.

“SUV segmen C, e.MAS 7 menekankan komitmen Proton terhadap agenda kenderaan elektrik kerajaan yang menyeru pembuat kereta nasional untuk memperkenalkan kenderaan elektrik menjelang 2025.

“Walaupun pelancaran penuh akan diadakan akhir tahun ini, pengesahan nama dan pratonton model baharu ini menunjukkan pendekatan proaktif Proton dalam menerajui industri automotif negara ke arah masa depan yang lebih lestari,” menurut Proton dalam kenyataan pada Sabtu.

Proton memaklumkan sejak pengumuman jenama kenderaan elektrik baharunya, e.MAS, dan pengenalan 18 pengedar pada Jun, Pro-Net kini mengembangkan rangkaian dengan jumlah keseluruhan 29 pengedar di seluruh negara.

Pro-Net, anak syarikat Proton, menyasar untuk mempunyai 25 bilik pameran Proton e.MAS yang akan beroperasi sebelum pelancaran sulung Proton e.MAS 7.

“Proton e.MAS 7 yang dibangunkan bersama Geely merupakan SUV segmen-C yang direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden dengan menawarkan ruang dan utiliti yang luas,” tambahnya.

Menurut Proton, Proton e.MAS 7 telah menjalani ujian yang ketat dengan 700,000 waktu kerja dan 10 juta kilometer dilakukan untuk mengesahkan ketahanan dan kebolehpercayaannya.

“Ujian menyeluruh ini memastikan kenderaan ini bersedia di jalan raya dan selamat,” jelasnya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Universiti Swinburne Sarawak Bangunkan Pusat R&D Tenaga Diperbaharui, Teknologi Avionik

KUCHING, 27 Ogos (Bernama) -- Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak akan membangunkan sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di sini yang menumpukan kepada tenaga diperbaharui serta sektor avionik berteknologi tinggi.


OCBC Bank Berperanan Penting Dalam Peralihan Tenaga

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- OCBC Bank Singapura yakin mempunyai peranan penting untuk membolehkan pembangunan mampan dan menyokong peralihan tenaga yang adil dengan menawarkan modal kepada projek dan syarikat yang menyumbang secara langsung terhadap peralihan meyakinkan.


Penglibatan Semua Segmen Masyarakat Penting Untuk Capai Kejayaan Peralihan Tenaga - Fadillah

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Kejayaan peralihan tenaga Malaysia bergantung kepada penglibatan semua segmen masyarakat yang aktif, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]