KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Lebih daripada 667 pengguna Permeteran Tenaga Bersih Rakyat (NEM Rakyat) berjaya menyiapkan pemasangan sistem solar dan turut menerima rebat program Skim Insentif Solar Rakyat (SolaRIS) sejak diperkenalkan pada 1 April, 2024.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata majoriti daripada mereka menerima RM4,000 setiap pengguna melalui rebat SolaRIS.
Pelaksanaan SolaRIS secara konsepnya berupaya menurunkan kos pemasangan sistem solar bagi pengguna domestik kerana mewujudkan ekonomi skala yang membolehkan kos pemasangan sistem solar untuk rakyat pada kadar lebih rendah serta mampu bayar.
“Langkah ini sekali gus meningkatkan permintaan pemasangan solar dalam kalangan pengguna domestik dan menyumbang kepada sasaran peningkatan kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) selaras dengan Pelan Tindakan Peralihan Tenaga Negara (NETR),” katanya.
Kenyataan PETRA dalam jawapan bertulis di Dewan Negara hari ini bagi menjawab pertanyaan Mohd Hasbie Muda mengenai perkembangan terkini program SolaRIS dan jika pelaksanaannya dapat membantu kerajaan mencapai sasaran penjanaan TBB.
Analisis menunjukkan purata bilangan permohonan NEM Rakyat telah meningkat daripada kira-kira 100 permohonan kepada 150 permohonan sehari selepas skim SolaRIS dilancarkan, kata kementerian itu.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]