Premier of Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (second, left) with Investment, Trade and Industry Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (right) visiting the exibition during the Malaysian Investment Development Authority (MIDA) Invest Series Sarawak, Unfolding Its Business Potentials 2024 Launching Ceremony at MIDA Tower today.
--fotoBERNAMA (2024) COPYRIGHT RESERVED
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sarawak komited untuk mengutamakan tenaga solar berskala besar, biotenaga termasuk biogas dan biojisim, pemprosesan sisa kepada tenaga serta kawasan storan hidro pam untuk menangani ‘intermittency’ (ketidakkonsistenan) tenaga boleh baharu (TBB) dan teknologi penjanaan tenaga bersih, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata terdapat peluang besar bagi pelabur untuk bekerjasama dengan Sarawak dan mengembangkan sektor penjanaan tenaga bersih kerana semua aktiviti ekonomi akan bergantung kepada tenaga.
“Kekuatan kami adalah hidrogen dan jika kami mampu menjananya pada harga yang lebih kompetitif, Malaysia boleh menjadi salah satu pemain besar,” katanya kepada media selepas merasmikan MIDA Invest Series bertajuk ‘Sarawak unfolding its business potentials’ di sini hari ini .
Abang Johari berkata kos untuk menghasilkan hidrogen hijau akan menjadi lebih murah dalam tempoh 10 tahun dengan kemajuan teknologi pengeluaran dan mungkin akan bersaing dengan bahan api fosil seperti diesel.
"Akhirnya...anda tidak akan memerlukan sebarang subsidi lagi untuk diesel kerana mempunyai tenaga alternatif," katanya.
Ketika ini, kerajaan Sarawak sedang meneroka pelbagai teknologi baharu yang boleh menjana lebih banyak sumber TBB bagi mencapai sasarannya menghasilkan 10 gigawatt (GW) kuasa menjelang 2030.
Acara tersebut anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan kerajaan negeri Sarawa bertujuan untuk menyerlahkan landskap perniagaan dinamik Sarawak, mempersembahkan peluang perniagaan dan pelaburan yang belum diteroka dan memudahkan penglibatan dengan agensi utama negeri dan pihak berkepentingan.
Program itu menampilkan tiga sesi, mengetengahkan inisiatif strategik Sarawak dan peluang pelaburan dalam sektor utama, pembangunan infrastruktur pelabuhan mampan dan pelan hala tuju ekonomi digital serta transformasi digital di Sarawak, dpersembahkan oleh penceramah daripada agensi kerajaan negeri berkaitan.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]