TAPAH, 4 Dis -- Projek solar berskala besar Ranhill Solar 1 di Ladang Bikam, Bidor di sini, yang akan bermula tahun hadapan, dijangka menyediakan peluang pekerjaan selain membawa limpahan ekonomi kepada penduduk setempat apabila siap dalam tempoh 18 bulan.
KLUANG, 3 Dis -- Setelah sekian lama hidup tanpa bekalan elektrik, akhirnya 19 keluarga yang tinggal di Kampung Orang Asli Berasau, Kahang, dekat sini, mampu menarik nafas lega apabila berpeluang menikmati kemudahan tersebut melalui tenaga solar di bawah program Sentuhan Harapan Mekar Johor@Kluang, bermula semalam.
KUALA LUMPUR, 2 Dis -- Penyedia penyelesaian digital tenaga dan automasi, Schneider Electric telah mewujudkan rangka kerja yang jelas bagaimana pusat data boleh mencapai pendekatan kelestarian alam sekitar yang holistik.
KUALA LUMPUR, 1 Dis -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menganugerahkah dua kontrak Reka Bentuk Kejuruteraan Front End (FEED) kepada konsortium JGC Corporation-Samsung Heavy Industries dan juga SAIPEM Spa.
PUTRAJAYA, 30 Nov -- Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) merancang untuk memperkenalkan program baharu bagi memenuhi permintaan tenaga boleh baharu yang semakin meningkat dalam sektor korporat untuk memenuhi komitmen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
KUALA LUMPUR, 30 Nov -- Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan membentangkan rang undang-undang berkaitan kecekapan dan konservasi tenaga pada persidangan Dewan Rakyat tahun depan.
KUALA LUMPUR, 26 Nov -- Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah menjalinkan kerjasama dengan pengeluar komponen EP Manufacturing Bhd (EPMB) dan Pecca Group Bhd untuk membangunkan teknologi pengeluaran kenderaan elektrik (EV).
KUALA LUMPUR, 24 Nov -- Sembilan syarikat korporat telah menyatakan komitmen untuk mendapatkan keperluan bekalan elektrik tenaga boleh baharu menerusi program Tarif Elektrik Hijau (GET) yang dilancarkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Selasa.
KUALA LUMPUR, 23 Nov -- Malaysia perlu mempertimbangkan hidrogen sebagai sebahagian daripada campuran tenaga memandangkan negara ini kaya dengan sumber tenaga dan sedang beralih kepada bekalan elektrik yang lebih hijau.
KUCHING, 23 Nov -- Sarawak akan menjadi pengeluar dan pembekal terbesar bahan api hidrogen di rantau Asia Tenggara bermula 2023, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.
© 2022 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) with 1920 x 1080 resolution
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, portal@bernama.com ]