KOTA KINABALU, 29 Jun (Bernama) -- Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memandang serius perbuatan mengusik pepasangan elektrik milik syarikat itu yang semakin berleluasa, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Yusof Jaafar.
Beliau berkata kejadian melibatkan Kes Usikan Pepasangan Meter (KUPM) dan kecurian kabel elektrik milik SESB perlu diambil perhatian serius termasuk oleh masyarakat khususnya pengguna SESB dan ia adalah satu kesalahan.
Menurutnya SESB tidak akan berkompromi dengan kes melibatkan penggunaan elektrik secara curang, ataupun kelakuan usikan ke atas kabel elektrik miliknya dan akan menuntut ganti rugi melalui perintah mahkamah.
“Dalam kes sebegini, SESB akan mengeluarkan surat tuntutan kerugian dan membawa kes tersebut ke mahkamah ke atas pengguna yang didapati menggunakan elektrik secara curang.
“Sekiranya pengguna enggan untuk bekerjasama tindakan lebih tegas akan dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Yusof berkata berkata terdapat beberapa kes akan dibawa ke mahkamah bagi tujuan tuntutan ganti rugi dan SESB sedang membuat susulan kes berkenaan yang telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Tenaga, Suruhanjaya Tenaga Sabah dan Polis Diraja Malaysia bagi tindakan tersebut.
Menurutnya SESB membuat pemeriksaan berkala bagi mengenal pasti pemilik akaun khususnya premis perniagaan yang memasang sebarang alatan mengusik meter elektrik bagi mengelak penggunaan sebenar direkodkan oleh SESB.
Beliau berkata syarikat tersebut juga telah meluluskan dasar pemberian imbuhan kepada pemberi maklumat melibatkan maklumat berkaitan dengan KUPM dan sambungan elektrik tidak sah.
“SESB telah menguatkuasakan penggunaan kad kuasa bagi memastikan hanya pekerja kami yang sah sahaja boleh mencapai pepasangan meter SESB di premis pengguna,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]