KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang menggerakkan penubuhan Malaysian Hydrogen Industrial Alliance (MHIA) sebagai menyokong agenda peralihan tenaga ke arah ekonomi berasaskan hidrogen serta mencapai sasaran penyahkarbonan negara menjelang 2050.
Menurut MOSTI, MHIA, yang merupakan konsortium organisasi tempatan, bertujuan untuk mengalihkan ekonomi hidrogen daripada pengguna kepada pengeluar teknologi yang sejajar dengan konsep ‘Build Some Buy Some’.
Katanya kerajaan telah melancarkan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR) bagi menyokong agenda tersebut dan meletakkan pembangunan teknologi di sepanjang nilai dan ekosistem yang meliputi penjanaan, penyimpanan dan mobiliti hidrogen.
“Malaysia dirahmati dengan topografi bagi membolehkan pembinaan empangan jana kuasa hidro yang mampu membekalkan tenaga elektrik untuk penghasilan hidrogen hijau.
“Kapasiti kuasa hidro di Sarawak pada masa ini sebanyak 3.5 gigawatt dengan jangkaan peningkatan 1.3 gigawatt pada tahun depan, telah menarik minat syarikat dari luar negara untuk melabur dalam penghasilan hidrogen hijau,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Ia menjawab soalan S. Kesavan (PH-Sungai Siput) mengenai sasaran Malaysia untuk menjadi antara negara ekonomi hidrogen terkemuka dunia menjelang 2050 melalui HETR.
Menurut MOSTI, Malaysia menghasilkan lebih 90 juta tan biojisim daripada sisa industri kelapa sawit yang berpotensi diproses dengan kaedah pyrolisis bagi menghasilkan hidrogen pirus atau turquoise dengan karbon pepejal sebagai hasil sampingan.
Katanya karbon itu kemudiannya dapat diolah kepada bahan termaju seperti graphene dan carbon nanotube (CNT) yang semakin mendapat perhatian di peringkat global.
“MOSTI melalui NanoMalaysia Bhd sedang menjalankan kajian bagi penghasilan hidrogen pirus menggunakan teknologi plasma gelombang mikro termaju,” katanya.
Selain pasaran eksport, katanya Malaysia juga akan membangunkan permintaan domestik bagi hidrogen dalam sektor mobiliti menggunakan kenderaan sel bahan api dan pembakaran-bersama hidrogen dalam janakuasa gas yang disasarkan dapat menawarkan 30.5 Terawatt-hour (TWh) dan 68.2 TWh keperluan tahunan antara 2041-2050.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]