Berita

Malaysia Boleh Terajui Aspek Sains, Teknologi, Peralihan Tenaga, Digital Dan Alam Sekitar - Pm



KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam menerajui aspek berkaitan sains, teknologi, peralihan tenaga, digital dan kemampanan alam sekitar terutamanya menjelang kepengerusian ASEAN tahun hadapan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dipersetujui Presiden UN Sustainable Development Solutions Network Profesor Jeffrey D. Sachs dalam pertemuan mereka ketika beliau menerima kunjungan hormat tokoh ekonomi dan pemikir terkemuka Amerika Syarikat itu di bangunan Parlimen hari ini.

"Perbincangan kami seputar isu global dan serantau berkait perihal ekonomi, teknologi dan digital, kemampanan alam sekitar serta situasi geopolitik di rantau ini serta di peringkat dunia, termasuk perihal persaingan antara China dan Amerika Syarikat, dan peranan negara-negara ASEAN terutamanya Malaysia.

"Saya tegaskan bahawa Malaysia punyai hala tuju yang jelas serta dasar-dasar yang penting seperti sasaran karbon sifar bersih pada tahun 2050, kemajuan dalam melaksana objektif-objektif Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga serta Strategi Semikonduktor Nasional sebagai usaha dan upaya dalam melonjak darjat serta martabat negara," katanya dalam hantaran di laman Facebook.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]