Senarai Berita

Spm, Tssb Meterai Perjanjian Pembelian Tenaga Hijau, Bangunkan Projek Solar Fotovolta

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- System Protection & Maintenance Sdn Bhd (SPM) memeterai memorandum perjanjian pembelian tenaga hijau bersama Tesdec Services Sdn Bhd (TSSB) bagi membangunkan beberapa projek solar fotovolta (PV) atas bumbung di Terengganu.


Mb Inc Perak Rangkul Pemegang Lesen Terbaik Kategori Bahan Radioaktif jabatan Tenaga Atom

IPOH, 21 Mei (Bernama) --  Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif  (Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023 oleh Jabatan Tenaga Atom, baru-baru ini.


Malaysia Teroka Tenaga Solar Di Kawasan Tadahan Air

BALI, 20 Mei (Bernama) -- Malaysia kini sedang meneroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air, susulan amalan yang dilaksanakan negara lain, termasuk Indonesia.


Sunview Bekerjasama Dengan Yashil Energiya Teroka Projek Tenaga Boleh Baharu Di Uzbekistan

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Sunview Group Bhd mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Fabulous Sunview Sdn Bhd, memeterai perjanjian perikatan perniagaan strategik dengan LLC Yashil Energiya untuk meneroka peluang perniagaan dalam tenaga boleh baharu (RE) dan projek berkaitan tenaga hijau di Uzbekistan.


Malaysia Sedia Jalin Kerjasama Rapat Dengan Arab Saudi Dalam Bidang Tenaga Diperbaharui

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui  selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).


Malaysia Libatkan Diri Secara Aktif Dengan Negara Asean Kukuhkan Ketersambungan Tenaga - Fadillah

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Malaysia terlibat secara aktif dengan negara-negara ASEAN lain untuk memacu inisiatif serantau seperti Grid Kuasa ASEAN, yang bertujuan memperkukuh ketersambungan dan keselamatan tenaga elektrik di seluruh rantau ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.


Storan Tenaga Penting Dalam Majukan Agenda Tenaga Boleh Diperbaharui Malaysia - Schneider Electric

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Storan tenaga memainkan peranan penting dalam memajukan agenda tenaga boleh diperbaharui Malaysia kata Naib Presiden Kanan Secure Power Division Schneider Electric Natalya Makarochkina.


Mida, Longi Pacu Ekosistem Solar Ke Hadapan Di Persidangan Sinergis Solar 2024

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan syarikat teknologi solar bersepadu LONGi yang berpangkalan di Shanghai, menganjurkan Persidangan Sinergis Solar 2024 yang berfungsi sebagai platform dinamik bagi menyatukan syarikat-syarikat solar utama dan pihak-pihak berkepentingan merentas rantaian bekalan industri solar.


Karpowership Dari Turkiye Berminat Penuhi Keperluan Tenaga Elektrik Sabah

Oleh Muhammad Adil Muzaffar

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Karpowership, pengendali loji jana kuasa terapung Turkiye, berminat dengan peluang kerjasama untuk memenuhi keperluan elektrik di Sabah, kata Pengarah Operasi Komersial Asianya Tolga Bayav.


Sime Darby Plantation Terokai Taman Perindustrian Hijau, Tenaga Boleh Baharu

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Sime Darby Plantation Bhd (SD Plantation) merancang untuk mengembangkan penawarannnya dengan menyertai cadangan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) di Perak, inisiatif yang dipacu kerajaan persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri Perak.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]