Berita

Karpowership Dari Turkiye Berminat Penuhi Keperluan Tenaga Elektrik Sabah

Tolga Bayav (left) - Pix credit: Karpowership

Oleh Muhammad Adil Muzaffar

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Karpowership, pengendali loji jana kuasa terapung Turkiye, berminat dengan peluang kerjasama untuk memenuhi keperluan elektrik di Sabah, kata Pengarah Operasi Komersial Asianya Tolga Bayav.

Beliau berkata penyelesaian loji jana kuasa terapung syarikat, yang dikenali sebagai kapal “Powerships”, boleh membantu dalam memastikan bekalan kuasa yang stabil dan dipercayai di negeri ini serta di Malaysia yang seterusnya akan memacu perindustrian sambil menarik pelaburan asing.

“Karpowership di Malaysia juga akan menyokong peluang-peluang ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup. Kami terus meneroka kaedah untuk berinovasi dan menyesuaikan tawaran kami bagi memenuhi keperluan khusus sektor tenaga.

“Dengan pengalaman kami dalam projek-projek berterusan dan perkongsian yang bertujuan bukan sahaja membekalkan tenaga tetapi juga meningkatkan keupayaan tenaga strategik untuk pelanggan kami. Kami komited untuk melabur dalam teknologi tenaga yang mampan dan membina hubungan jangka panjang yang menyokong objektif kerajaan Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Beliau ditemui di luar pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NatSec) Asia 2024 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai apa yang ditawarkan oleh syarikat itu, Bayav berkata ia mengkhususkan dalam projek pengeluar tenaga bebas jangka panjang dan penyelesaian jurang jangka pendek hingga sederhana, memenuhi keperluan beban asas, mengurangkan lonjakan mendadak dan keperluan merit pertengahan.

Beliau berkata syarikat itu mempunyai sejumlah 36 kapal Powerships yang boleh menyalurkan lebih daripada 6,000 megawatt, di samping kapal infrastruktur gas terapung.

“Dengan 19 projek yang berjaya disiapkan dan kontrak untuk pembekalan, kami terus mengembangkan portfolio tenaga. Bidang operasi Karpowership merangkumi Powership, Unit Pengegasan Semula Storan Terapung di darat dan penyelesaian solar, memacu perubahan yang memberi kesan dalam landskap tenaga global,” katanya sambil menambah mereka juga meneroka potensi kerjasama dengan Petronas.

Sementara itu mengenai DSA 2024, Bayav berkata pameran itu menyediakan platform penting untuk syarikat tenaga seperti Kapowership menunjukkan keupayaan mereka dan inovasi teknologi termaju dalam sektor tenaga.

“Sambutan sangat positif. Mereka yang penting dalam industri menghargai usaha kami dalam melangkaui sempadan terutamanya bagi penjanaan tenaga mudah alih,” katanya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]