Credit : MIDA
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan syarikat teknologi solar bersepadu LONGi yang berpangkalan di Shanghai, menganjurkan Persidangan Sinergis Solar 2024 yang berfungsi sebagai platform dinamik bagi menyatukan syarikat-syarikat solar utama dan pihak-pihak berkepentingan merentas rantaian bekalan industri solar.
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, MIDA dan LONGi berkata persidangan itu bertepatan dengan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala di antara Malaysia dan China.
“Dengan kehadiran lebih 200 peserta yang kebanyakannya terdiri daripada firma-firma kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan, juga dikenali sebagai syarikat-syarikat penyepadu sistem, persidangan itu membantu perbincangan bernas untuk memacu ekosistem solar Malaysia ke hadapan.
“Acara ini tepat pada masanya setelah kerajaan baru-baru ini mengumumkan program tenaga boleh diperbaharui yang dilancarkan pada 1 April, 2024, dan insentif cukai hijau yang dipertingkatkan,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata Malaysia komited untuk memainkan peranan penting dalam usaha global bagi memerangi perubahan iklim.
“Dengan menetapkan sasaran yang ketat untuk 2030, kami menyasarkan untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, sekali gus mendedahkan kepada dunia mengenai tanggungjawab alam sekitar.
“Tenaga suria boleh menjadi harapan dalam usaha kami ke arah kemampanan. Kuantitinya yang banyak, kebolehcapaian dan kemampuan untuk diperbaharui menjadikannya komponen utama bagi peralihan ke arah ekonomi rendah karbon,” katanya.
Shamsul berkata dengan memanfaatkan tenaga matahari, Malaysia bukan sahaja akan mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil tetapi juga mewujudkan peluang untuk pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan.
Presiden LONGi Asia Pasifik Frank Zhao menyuarakan komitmen tegas syarikat itu terhadap peralihan tenaga Malaysia semasa Persidangan Sinergis Solar 2024.
“Kami berdedikasi untuk memacu peralihan tenaga Malaysia dan memupuk pembangunan ekosistem solar yang komprehensif.
“Pelaburan besar LONGi terutamanya dalam membina tiga kilang termaju di Malaysia menekankan pendekatan proaktif syarikat untuk menyetempatkan pengeluaran dan merangsang pertumbuhan ekonomi,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]