Berita

Sunview Bekerjasama Dengan Yashil Energiya Teroka Projek Tenaga Boleh Baharu Di Uzbekistan



KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Sunview Group Bhd mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Fabulous Sunview Sdn Bhd, memeterai perjanjian perikatan perniagaan strategik dengan LLC Yashil Energiya untuk meneroka peluang perniagaan dalam tenaga boleh baharu (RE) dan projek berkaitan tenaga hijau di Uzbekistan.

Di bawah perjanjian itu, Sunview akan menjadi pelabur dan penyedia kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, dan pengoperasian, manakala Yashil Energiya akan menjadi pembeli elektrik yang dijana daripada projek tersebut.  

Yashil Energiya merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Presiden Republik Uzbekistan yang mengkhususkan dalam bidang RE.

Sunview Group dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Fabulous Sunview mempunyai modal saham terbitan sebanyak RM40.25 juta terdiri daripada 1,661,274 saham biasa.

Dalam satu kenyataan berasingan, pengarah eksekutif kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Sunview Group Ong Hang Ping berkata kerjasama itu membolehkan syarikat meluaskan jangkauan geografi mereka, yang juga sebagai komitmen untuk menyokong agenda kelestarian Uzbekistan.

“Memandangkan sasaran Uzbekistan untuk menjana 40 peratus daripada keperluan elektriknya melalui sumber boleh baharu menjelang 2030, perkongsian kami sejajar dengan matlamat kelestarian ini.

“Saya yakin kerjasama kami ini akan membuahkan hasil yang positif bagi komuniti yang kami terlibat di dalamnya dan memastikan alam sekitar lebih terjaga pada masa depan,” katanya.

Sunview Group adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan dengan tumpuan strategik terhadap ekosistem yang mampan melalui anak-anak syarikatnya.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]