KUCHING, 23 Nov -- Sarawak akan menjadi pengeluar dan pembekal terbesar bahan api hidrogen di rantau Asia Tenggara bermula 2023, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.
KUALA LUMPUR, 23 Nov -- Mulai 1 Jan 2022 pengguna domestik dan industri di Semenanjung boleh memilih untuk beralih kepada penggunaan bekalan elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB) yang dijana dari sumber loji jana kuasa solar dan hidro.
SHAH ALAM, 23 Nov -- Program Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga NanoMalaysia (NESTI) akan dilaksana bermula tahun hadapan sebagai platform perintis dalam usaha negara membangunkan dan mengkomersialkan sistem penyimpanan tenaga untuk mobiliti elektrik, kegunaan di dalam sektor domestik dan industri serta penyelesaian mudah alih.
KUALA LUMPUR, 22 Nov -- Liberalisasi industri gas Malaysia sahaja akan mewujudkan ketidakseimbangan dalam keseluruhan ekosistem tenaga jika bahagian lain sektor tenaga tidak mengikutinya, menurut Persatuan Gas Malaysia (MGA).
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan membawakan pemimpin industri tempatan dan antarabangsa ke FutureTalks yang julung kali diadakan untuk menyertai siri perbincangan mengenai peralihan tenaga berikutan dunia beralih ke arah rendah karbon pada masa depan.
KUALA LUMPUR, 18 Nov -- Boustead Holdings Bhd (BHB) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Sinohydro Bureau 9 Co Ltd untuk mewujudkan asas kerjasama bagi pembangunan projek solar yang berpotensi.
KUALA LUMPUR, 18 Nov -- Dalam usaha menggabungkan kelestarian dalam rangkaiannya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) merancang untuk melabur sebanyak RM22 bilion bagi tempoh 2022 hingga 2024 untuk terus membangunkan grid masa depan.
KUALA LUMPUR, 18 Nov -- Anak-anak syarikat tidak langsung Kejuruteraan Asastera Bhd (KAB), KAB Gree Solar Thai Co Ltd (KABGST) dan Energy Optimisation (Thailand) Co Ltd (EOT) memperoleh tiga projek di Thailand untuk sistem solar Fotovolta Tersambung Grid (GCPV) dengan anggaran kapasiti agregat 4,537 kilowatt-puncak.
KUALA LUMPUR, 17 Nov -- Dunia sedang menghadapi krisis tenaga apabila permintaan terhadap komoditi tenaga melebihi bekalan dan ini menyebabkan turun naik dalam penetapan harga jangka pendek dengan harga semerta global untuk gas asli mencecah paras tertinggi pada tahun ini.
KUALA LUMPUR, 16 Nov -- GD Express Carrier Bhd (GDEX) telah memperkenalkan motosikal elektrik pertama sebagai sebahagian daripada inisiatif Go Green syarikat itu.
© 2022 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) with 1920 x 1080 resolution
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, portal@bernama.com ]