Berita

Sesb Laksana Catuan Elektrik Di Beberapa Kawasan Di Sabah



KOTA KINABALU, 27 Mac (Bernama) -- Catuan bekalan elektrik terpaksa dilakukan secara bergilir-gilir bermula semalam di beberapa kawasan di negeri ini, menurut Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) hari ini.

Operator Sistem Grid Sabah dan Labuan SESB Adrian Leo Mosigil berkata antara kawasan berkenaan ialah bandar raya ini, Sandakan, Tawau, Semporna, Kinabatangan, Papar, Tuaran dan Sipitang.

Beliau berkata catuan terbabit berlaku tanpa notis awal disebabkan kerosakan tidak dijangka pada satu set janakuasa milik stesen janakuasa bebas (IPP) di Kimanis yang menyebabkan Sistem Grid Sabah kehilangan 95 megawatt (MW).

"SESB berharap set jana kuasa milik IPP berkenaan akan dapat diperbaiki sebelum waktu beban puncak pada hari ini (27 Mac) bagi memastikan Sistem Grid Sabah mempunyai margin tenaga yang mencukupi untuk disalurkan kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata cuaca panas kebelakangan ini telah memberikan kesan yang signifikan terhadap penggunaan tenaga elektrik di seluruh Sabah dan Labuan.

"Oleh itu SESB meramalkan bahawa penggunaan tenaga elektrik akan tetap tinggi hingga Khamis (28 Mac) ini. SESB telah merekodkan penggunaan tenaga elektrik tertinggi pada 26 Mac iaitu sebanyak 1,128MW.

"Secara kebiasaannya, penggunaan tenaga elektrik akan meningkat kira-kira 2 petang hingga 8 malam sahaja," katanya.

Sementara itu, SESB menerusi laman Facebook memaklumkan berlaku kekurangan penjanaan elektrik hari ini iaitu kapasiti 1,073MW berbanding permintaan waktu puncak diramal 3 petang ini pada 1,118MW.

"Oleh itu beberapa kawasan akan mengalami gangguan bekalan elektrik ekoran catuan dilaksanakan pada 2 hingga 4 petang ini serta 6 petang hingga 8 malam ini di beberapa daerah," menurut SESB.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]