Berita

Jentayu Peroleh Kelulusan Sc Ambil Alih Aset Telekosang Hydro, Jentayu Solar



KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Syarikat senaraian Pasaran Utama, Jentayu Sustainables Bhd telah menerima kelulusan utama bersyarat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi memperoleh aset Telekosang Hydro dan Jentayu Solar, yang akan memacu kumpulan itu menjadi pemain tenaga boleh diperbaharui.

Syarikat itu melalui makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata permohonannya kepada SC berhubung cadangan pemerolehan aset hidro, bon junior serta aset solar tersebut telah diluluskan di bawah Seksyen 214(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, tertakluk kepada beberapa syarat terma.

Kelulusan bersyarat SC ini membuka jalan kepada kumpulan untuk mendapatkan persetujuan pemegang saham melalui mesyuarat agung luar biasa.

"Cadangan pengambilalihan aset hidro ini akan memberi Jentayu Sustainables kawalan ke atas dua loji kuasa hidro dengan kapasiti bersama sebanyak 40 MW yang kini dikendalikan oleh Telekosang Hydro One Sdn Bhd dan Telekosang Hydro Two Sdn Bhd di Tenom, Sabah,” katanya.

Setelah selesai, pengambilalihan ini akan mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat dengan ketara, melengkapkan proses pemulihan termasuk menjurus laluan syarikat pada landasan ke arah keuntungan.

Sementara itu, syarikat itu mendedahkan bahawa ia telah menerima surat pemberitahuan awal (ILON) daripada Suruhanjaya Tenaga Sabah untuk Projek Oriole, yang kini sedang dalam kelulusan.

Pemberian ILON ini menandakan satu langkah penting dalam keseluruhan proses kelulusan, menunjukkan bahawa kerajaan Sabah telah mengesahkan terma dan syarat utama untuk projek itu.

“Langkah seterusnya akan melibatkan rundingan dengan kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bagi reka bentuk serta pembangunan Project Oriole,” katanya.

Ia juga akan memulakan kerjasama yang lebih erat dengan rakan kongsi kewangan dan pembiayanya ke arah mencapai penutupan kewangan untuk projek berkenaan.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]