KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- ENERtec Asia 2024, persidangan tiga hari yang bermula hari ini bermatlamat untuk memupuk kerjasama dan pertukaran pengetahuan bagi menangani peningkatan pencemaran udara dan perubahan iklim disebabkan penggunaan bahan api fosil untuk memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat di rantau ini.
Pengerusi ENERtec Asia Tan Sri Abd Rahman Mamat berkata peserta berpeluang mendapatkan pandangan yang boleh diambil tindakan, meneroka inovasi termaju dan menjalin perkongsian berharga untuk mendorong organisasi mereka ke arah masa depan rendah karbon.
"Dengan lebih 300 pempamer mempamerkan penyelesaian tercanggih dalam tenaga boleh baharu, teknologi bersih, kecekapan tenaga, dan mobiliti elektrik, ini adalah acara sebenar berkaitan inovasi dan kemajuan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian ENERtec Asia 2024.
ENERtec Asia dianjurkan oleh Informa Markets Malaysia Sdn Bhd, dihoskan bersama oleh Persatuan Elektrik dan Elektronik Malaysia dan dengan kerjasama Majlis Industri Tenaga.
Sementara itu, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Hazland Abang Hipni dalam ucapannya berkata ENERtec Asia menyediakan platform komprehensif untuk menghimpunkan pemimpin industri, penggubal dasar dan pihak berkepentingan dalam mencapai matlamat landskap tenaga yang mampan dan selamat.
Bagi menyokong komitmen kerajaan terhadap Perjanjian Paris, Hazland berkata kerajaan negeri Sarawak sedang giat berusaha untuk mengurangkan 45 peratus pelepasan gas rumah hijau berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2030.
“Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak menerima matlamat kerajaan untuk mencapai 31 peratus tenaga boleh baharu dalam campuran kapasiti terpasang kebangsaan menjelang 2025 dan 40 peratus menjelang 2035.
"Kami sedang melaksanakan pelbagai dasar dan inisiatif untuk memenuhi sasaran ini termasuk memperluaskan projek solar berskala besar, menggalakkan penjanaan tenaga biojisim dan biogas, membangunkan kapasiti hidroelektrik baharu dan meneroka teknologi baru muncul seperti tenaga angin dan lautan," katanya.
Beliau berkata kementerian melaksanakan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara seiring dengan fokus kerajaan terhadap kecekapan tenaga.
“Pelan ini bertujuan mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak lapan peratus merentasi sektor komersial, perindustrian dan domestik menjelang 2025.
“Kami bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk mencapai sasaran Dasar Automotif Nasional 2020 sebanyak 15 peratus jumlah volum industri bagi kenderaan elektrik menjelang 2030,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]