Berita

Kempen Tangani Vandalisme Insfrastruktur Telekomunikasi, Elektrik Di Sarawak 3 Julai

Credit: FB - Julaihi Narawi

MUKAH, 25 Jun (Bernama) -- Sarawak akan melancarkan kempen kesedaran besar-besaran bagi menangani isu vandalisme terhadap kemudahan infrastruktur telekomunikasi dan elektrik, sehingga menjejaskan perkhidmatan dan kerugian besar.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi berkata kempen tersebut, akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 3 Julai.

Beliau berkata pada tahun lepas, kegiatan vandalisme telah mengakibatkan kerosakan kepada infrastruktur telekomunikasi dan elektrik dengan anggaran kerugian melebihi RM20 juta.

”Vandalisme dan kecurian kabel telah menjejaskan lebih 1,200 menara telekomunikasi termasuk yang dibina oleh Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dan melalui inisiatif  Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) di kawasan luar bandar.

“Kabel dicuri, bateri dirosakkan dan ini menyebabkan gangguan besar kepada perkhidmatan telekomunikasi,” katanya selepas melawat tapak kerja Program Grid Bekalan Air Sarawak–Stressed, di Pulau Bruit di sini hari ini.

Julaihi berkata kempen yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dan mendorong mereka melaporkan perbuatan vandalisme kepada pihak berkuasa, akan melibatkan penyertaan agensi kerajaan, penyedia perkhidmatan telekomunikasi, institusi pendidikan dan masyarakat umum.


Credit: FB - Julaihi Narawi

“Selain itu sekolah di seluruh Sarawak akan turut serta dalam usaha mendidik para pelajar mengenai kesan buruk vandalisme dan kepentingan bersama-sama melindungi kemudahan tersebut,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 




    Berita Lain-lain

Tenaga Boleh Baharu: Pemohonan Kuota Fit 2.0 Dibuka Pada 15 Jan-19 Feb Depan

PUTRAJAYA, 17 Okt (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia mengumumkan permohonan kuota tarif galakan (FiT) 2.0 sebanyak 190 megawatt (MW) akan dibuka bermula 15 Jan hingga 19 Feb tahun hadapan.


Malaysia, Turkiye Teliti Potensi Kerjasama Dalam Bidang Tenaga Hijau - Chang

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Turkiye sedang meneliti potensi kerjasama dalam bidang tenaga hijau dan alternatif selaras komitmen Malaysia ke arah penggunaan tenaga lebih lestari dan mesra alam.


MGTC Jalin Beberapa Kerjasama Pada IGEM 2024, Perluas Standard Pengurusan Tenaga

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) menjalin beberapa kerjasama strategik yang menumpukan kepada peluasan standard pengurusan tenaga dan projek tenaga solar.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]