KUALA LUMPUR, 28 Jan -- Peningkatan harga arang batu dunia dijangka akan mempengaruhi kadar tarif elektrik baharu yang bakal diumumkan kerajaan tahun ini bagi tempoh tiga tahun akan datang.
KUCHING, 28 Jan -- Kerajaan Sarawak akan meneruskan pemberian diskaun antara lima dan 25 peratus untuk bil elektrik pengguna domestik, komersil dan industri bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebagai salah satu inisiatif di bawah pakej kelapan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 8.0).
DUNGUN, 27 Jan -- Kerajaan negeri Terengganu komited untuk membawa masuk lebih banyak projek loji jana kuasa solar berskala besar (LSS) untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negeri itu.
Oleh Massita Ahmad
SINGAPURA, 27 Jan -- Tiga syarikat dari tiga negara telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam pembangunan dan bekalan, penyelesaian pengurusan penyimpanan serta gangguan elektrik rendah karbon, selain meneroka peluang kesalinghubungan grid di ASEAN.
KUALA LUMPUR, 25 Jan -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memfokuskan kepada tiga bidang utama iaitu kenderaan elektrik (EV), sekuriti kesihatan negara dan inovasi sosial pada tahun ini, selari dengan tema ‘Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi’.
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 21 Jan -- Ketika dunia berusaha untuk menangani isu perubahan iklim dan kekangan sumber, Tenaga Nasional Bhd (TNB) melaksanakan peranan penting dalam menyokong peralihan tenaga Malaysia kepada kelestarian.
KUALA LUMPUR, 20 Jan -- BTM Resources Bhd bercadang untuk memajak kira-kira 2,255.33 hektar tanah hutan sekunder, Blok 10 dan Blok 11A di Kemaman, Terengganu selama 63 tahun daripada SPPT Development Sdn Bhd (SPPT) pada kira-kira RM24.7 juta.
KUALA LUMPUR, 19 Jan -- Proton Holdings Bhd telah menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan smart Automobile Co Ltd (smart) untuk memperkenalkan rangkaian Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) keluaran smart dalam pasaran automotif ASEAN yang giat berkembang.
KUALA LUMPUR, 19 Jan -- KAB Energy Holdings Sdn Bhd (KABEH), anak syarikat milik penuh Kejuruteraan Asastera Bhd (KAB) bercadang membeli 100 peratus saham dalam anak syarikat Sarawak Cable Bhd (SCB), PT Inpola Mitra Elektrindo dengan bayaran RM10,000.
KUALA LUMPUR, 17 Jan -- ROVR, perkhidmatan pengisian semula mudah alih daripada Petronas Dagangan Bhd (PDB) telah melancarkan Sistem Kontena Mudah Alih Mini (PCS Mini) pertamanya, dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk menyediakan akses bahan api yang lebih mudah kepada penduduk Kampung Limbawang, Beaufort, Sabah.
© 2022 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) with 1920 x 1080 resolution
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, portal@bernama.com ]