Berita

Reaktor Hidrogen Pepejal Jana Elektrik Akan Dibina Di Tanjung Malim- Chang

Science, Technology and Innovation Minister Chang Lih Kang

TANJUNG MALIM, 10 Ogos (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan membina reaktor hidrogen pepejal untuk penjanaan elektrik lestari di kawasan luar bandar yang pertama di sini, tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata langkah itu susulan kementerian kini sedang memberi fokus dan penekanan kepada lima aspek iaitu kecerdasan buatan (AI), teknologi keselamatan makanan, angkasa, ekosistem startup serta teknologi hidrogen.

“Kita ada projek perintis yang merupakan projek ketiga di mana kita guna hidrogen pepejal untuk menjana elektrik di kawasan luar bandar terutamanya di kawasan yang tiada bekalan elektrik.

“Kita akan guna hidrogen pepejal yang pertama untuk jana elektrik di Malaysia di kawasan Tanjung Malim yang dijangka dilancarkan tahun ini,” katanya ketika ditemui pada Program Karnival Kita MADANI Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjung Malim berkata tenaga hidrogen merupakan satu daripada Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen (HETR) yang sekarang ini berada pada hala tuju fasa pertama dan dijangka sehingga 2050.

“Fasa pertama ini kita akan buat pameran menunjukkan apa teknologi hidrogen, oleh sebab itu kita ada pelbagai program seperti pameran kenderaan hidrogen nak tunjukkan kepada dunia dan buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa teknologi sudah sedia.

“Seterusnya kita akan bina satu stesen pengisian semula hidrogen mudah alih yang dijangka siap pada awal tahun depan dan ini adalah perkembangan daripada HETR,“ katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas berhubung projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) yang diharapkan dapat memberi impak kepada pembangunan Tanjung Malim.

”Ia (AHTV) ini akan berikan kesan yang besar kepada kawasan Tanjung Malim ini terutamanya sektor perumahan, makanan dan minuman (FNB), perkhidmatan dan lain-lain yang membantu membangunkan perbandaran kawasan Tanjung Malim,” katanya.

Sementara itu, Chang berkata reruai daripada MOSTI iaitu Planetarium Negara, Pusat Sains Negara, Jabatan Kimia, Pembudayaan dan Perkhidmatan STI dan Jabatan Atom turut mengambil bahagian dalam karnival yang sedang berlangsung.

”Saya yakin perkongsian yang diberikan oleh warga MOSTI akan bermanfaat dan dapat menambah ilmu pengetahuan kita dalam dunia sains dan teknologi,” katanya.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]