PUTRAJAYA, 12 Ogos (Bernama) -- Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga (EMM) di bawah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka membincangkan hala tuju, dasar dan kerjasama untuk pertumbuhan mampan dalam sektor tenaga khususnya peralihan tenaga dan usaha mengurangkan jejak karbon ekonomi APEC.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) dalam kenyataan hari ini berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air akan mengetuai delegasi Malaysia ke EMM pada 15-16 Ogos ini.
Mesyuarat APEC EMM yang dihoskan oleh Peru selaku Pengerusi APEC 2024 merupakan pertemuan peringkat tertinggi pemimpin ekonomi APEC yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tenaga.
Menurut Petra, Timbalan Perdana Menteri akan mengetengahkan pendirian negara dalam melaksanakan usaha peralihan tenaga negara, memastikan pembangunan tenaga yang inklusif dan saksama serta berkongsi aspirasi negara ke arah pembebasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang 2050.
Katanya usaha ini akan dilaksanakan menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR), Pelan Hala Tuju Eknomi Hidrogen (HETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
“Perkongsian dan libat urus mengenai inisiatif progresif oleh Malaysia mampu memberikan gambaran positif mengenai potensi pelaburan hijau negara kepada para pelabur dari rantau Asia Pasifik.
“Selain mempromosi usaha serta komitmen pertumbuhan mapan negara, penyertaan Malaysia akan mengukuhkan lagi imej dan kedudukan negara sebagai destinasi untuk pelaburan yang bersih dan bernilai tinggi,” menurut kenyataan itu.
Fadillah akan turut mengadakan pertemuan dua hala dan pelbagai hala dengan rakan sejawat daripada ekonomi APEC dan pemain industri antarabangsa untuk meluaskan jaringan kerjasama pelbagai bidang tenaga khususnya yang berpotensi menyokong komitmen dan inisiatif peralihan tenaga negara.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]