Credit: FB - Chang Lih Kang
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Turkiye sedang meneliti potensi kerjasama dalam bidang tenaga hijau dan alternatif selaras komitmen Malaysia ke arah penggunaan tenaga lebih lestari dan mesra alam.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata satu mesyuarat yang diadakan dengan pihak pengurusan tertinggi Turkish Energy, Nuclear and Mineral Research Agency (TENMAK) membuka peluang kerjasama dalam penyelidikan tenaga nuklear serta penerokaan mineral yang penting untuk pembangunan mampan kedua-dua negara.
Mesyuarat itu diadakan pada hari kedua bersempena siri lawatan kerja beliau ke Turkiye pada minggu ini yang bertujuan memperkukuh dan meneroka kerjasama baharu dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI).
“Kami turut meneliti potensi kerjasama dalam bidang tenaga hijau dan alternatif yang selaras dengan komitmen Malaysia ke arah penggunaan tenaga lebih lestari dan mesra alam.
“Lawatan teknikal ini juga memberikan kami gambaran lebih jelas mengenai kepakaran dan teknologi canggih digunakan TENMAK dalam pengurusan tenaga dan penyelidikan nuklear,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Beliau berkata kerjasama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan TENMAK ialah langkah ke hadapan dalam memastikan Malaysia terus berada di hadapan dalam penerokaan teknologi berimpak tinggi seterusnya memperkukuh daya saing negara dalam sektor teknologi serta tenaga.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]