KUALA LUMPUR, 11 Jan -- Advancecon Holdings Bhd akan menjana jumlah kapasiti sebanyak 993.96 kilowatt (kWp) tenaga solar di bawah skim Pemeteran Tenaga Bersih berikutan pemeteraian perjanjian pembelian tenaga dengan dua syarikat hari ini.
KUALA LUMPUR, 8 Jan-- Nilai perolehan kontrak Sapura Energy Bhd dijangka terus meningkat berikutan ia dijangka mendapat kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan, pemasangan dan pengoperasian (EPCIC) untuk platform pemprosesan pusat (CPP) bagi pembangunan lapangan Jerun SapuraOMV Upstream Sdn Bhd, di luar pesisir Sarawak.
KUALA LUMPUR, 7 Jan -- Mandat biodiesel B20 Malaysia akan ditangguhkan selama enam bulan hingga awal tahun 2022, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Ravi Muthayah.
KUALA LUMPUR, 7 Jan -- Anak syarikat Petronas, Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB), mengambil alih pengendalian hab gas E11, yang terletak 130 kilometer (km) di luar pesisir Bintulu, Sarawak, berkuat kuasa 1 Jan, 2021.
KUALA LUMPUR, 3 Jan -- ITRAMAS Corporation Sdn Bhd terus optimis terhadap prospek perniagaannya dan menyasarkan pendapatan lebih tinggi sebanyak RM300 juta pada tahun ini daripada RM250 juta sebelum ini, untuk segmen pelbagai, terutamanya teknologi hijau.
KUALA LUMPUR, 31 Dis -- Prospek industri minyak dan gas pada tahun 2021 dijangka akan kekal mencabar disebabkan kemerosotan permintaan yang belum pernah terjadi sebelum ini akibat daripada pandemik COVID-19, ia telah memberi kesan kepada pasaran domestik dan global, kata Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
PUTRAJAYA, 29 Dis -- Dalam memberi peluang kepada lebih ramai pengguna elektrik memasang solar fotovoltaik (PV) di bumbung bangunan masing-masing bagi penjimatan bil elektrik, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) memperkenalkan Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) 3.0.
AUSTIN, Texas dan ENSCHEDE, Belanda, 23 Dis (Bernama) -- Lithium Werks, peneraju global dalam pengeluaran, teknologi dan harta intelektual sel Ferum Fosfat Litium, mengumumkan bahawa mereka telah menjual modul Valence™ dan aset BMS miliknya kepada Lithion Power Group, sebuah pengeluar sel dan pek bateri boleh cas semula dan tidak boleh cas semula yang disepadukan secara vertikal.
Hasil jualan tersebut, Lithium Werks akan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam membangunkan bahan Nanophosphate™ yang “terbaik dalam kelasnya”, pengeluaran sel, penyelesaian OEM tersuai, meningkatkan R&D, dan mengembangkan dan mengukuhkan lagi portfolio paten katod Ferum Fosfat Litium (LFP) miliknya.
GEORGE TOWN, 22 Dis -- Syarikat teknologi yang berpangkalan di Jerman, Bosch mengumumkan penyiapan satu daripada pemasangan sistem fotovoltaik solar (PV) atas bumbung terbesar di Malaysia di loji elektronik automotifnya di Pulau Pinang.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah menyediakan rancangan pemulihan semula pasca COVID-19 memandangkan syarikat itu sedang mengimbangi kesan pandemik terhadap industri minyak dan gas.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]