Berita

Petronas sediakan pelan pemulihan selepas COVID-19



KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah menyediakan rancangan pemulihan semula pasca COVID-19 memandangkan syarikat itu sedang mengimbangi kesan pandemik terhadap industri minyak dan gas. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata syarikat minyak nasional itu telah mengambil langkah untuk berunding dengan lembaga pengarah serta pasukan kepimpinan eksekutif bagi membentuk semula portfolionya sebagai respons kepada peralihan tenaga. 

"Kami juga menyedari bahawa kaedah operasi kami dan bagaimana kami terpaksa bertindak balas melangkaui pandemik ini termasuk perubahan ke atas modal insan kami, akan menjadi bahagian utama dalam  penyelesaian agar kekal relevan serta mampan dalam menangani tempoh mencabar ni," katanya semasa temu bual dengan CNN semalam.

Beliau berkata walaupun Petronas masih mampu mencatatkan keuntungan ketika harga minyak berlegar sekitar US$40 hingga US$50 setong, beberapa aset yang tidak boleh disesuaikan dengan jangkaan harga pada US$40 dan US$50 setong perlu dilihat semula.

"Adakah kami akan memperbetulkannya? Adakah kami akan mengurangkan risiko atau mengurangkan pendedahan atau kami akan mengurangkan pendedahan atau menjualnya? Ini adalah persoalan-persoalan yang sentiasa berterusan. Pengoptimuman portfolio mungkin merupakan sesuatu yang agak terpencil bagi sesetengah perniagaan tetapi ia adalah sesuatu yang sentiasa perlu (dipertimbangkan)," katanya. 

Beliau berkata aset dalam portfolio Petronas perlu berada dalam arah laluan yang jelas termasuk rejim fiskal.

"Cabarannya ialah kami bukan sahaja perlu melihat kepada aset yang mampu membantu kami tetapi dalam tolenrasi pasaran, daripada kos kepada perkhidmatan seperti penggearan kepada pelanggan.

"Anda tahu ia boleh menjadi sangat mencabar apabila harga semerta gas asli di Asia untuk sebahagian tahun ini berada di bawah US$4 setiap mmbtu (juta unit thermal British). Kami juga perlu memastikan bahawa (harga minyak) pada senario US$40 hingga US$50 setong,'' tambahnya. 

-- BERNAMA

 

 


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]