AUSTIN, Texas dan ENSCHEDE, Belanda, 23 Dis (Bernama) -- Lithium Werks, peneraju global dalam pengeluaran, teknologi dan harta intelektual sel Ferum Fosfat Litium, mengumumkan bahawa mereka telah menjual modul Valence™ dan aset BMS miliknya kepada Lithion Power Group, sebuah pengeluar sel dan pek bateri boleh cas semula dan tidak boleh cas semula yang disepadukan secara vertikal.
Hasil jualan tersebut, Lithium Werks akan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam membangunkan bahan Nanophosphate™ yang “terbaik dalam kelasnya”, pengeluaran sel, penyelesaian OEM tersuai, meningkatkan R&D, dan mengembangkan dan mengukuhkan lagi portfolio paten katod Ferum Fosfat Litium (LFP) miliknya.
KUALA LUMPUR, 18 Jan -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan bersepadu, Serba Dinamik Holdings Bhd memulakan tahun 2021 dengan mendapat 11 kontrak dalam operasi serta penggendalian (O&M), kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) serta dalam maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT).
KUALA LUMPUR, 12 Jan -- Purata harga jualan gas asli untuk diguna pakai bagi Gas Malaysia Energy and Services Sdn Bhd dari 1 Jan hingga 31 Mac 2021, akan ditetapkan pada RM22.14/juta Unit Terma British (MMBtu).
KUALA LUMPUR, 11 Jan -- Advancecon Holdings Bhd akan menjana jumlah kapasiti sebanyak 993.96 kilowatt (kWp) tenaga solar di bawah skim Pemeteran Tenaga Bersih berikutan pemeteraian perjanjian pembelian tenaga dengan dua syarikat hari ini.
© 2021 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) with 1920 x 1080 resolution
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, portal@bernama.com ]