Advancecon Holdings Bhd
KUALA LUMPUR, 11 Jan -- Advancecon Holdings Bhd akan menjana jumlah kapasiti sebanyak 993.96 kilowatt (kWp) tenaga solar di bawah skim Pemeteran Tenaga Bersih berikutan pemeteraian perjanjian pembelian tenaga dengan dua syarikat hari ini.
Anak syarikat milik penuhnya, Advancecon Solar Sdn Bhd, menandatangani perjanjian selama 21 tahun dengan Prominent Image Sdn Bhd dan Oon Corp Resources (M) Sdn Bhd, untuk mereka bentuk, membina, memasang, memiliki, mengendali serta menyelenggara sistem penjanaan tenaga solar fotovolta.
''Sistem penjanaan tenaga solar fotovolta untuk Prominent Image (di Rawang, Selangor) akan mempunyai kapasiti penjanaan akhir sebanyak 342.32 kWp selepas semua kajian dan kerja reka bentuk yang konklusif dijalankan.
''Tarikh operasi komersialnya dijangka bermula pada suku pertama 2021,” kata kontraktor perkhidmatan kerja tanah dan kejuruteraan awam itu dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Advancecon berkata pemasangan untuk dua premis Oon Corp di Senawang, Negeri Sembilan, akan mempunyai kapasiti generasi akhir sebanyak 651.64 kWp.
''Operasi komersialnya dijangka bermula pada suku kedua 2021,'' tambahnya lagi.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]