Senarai Berita

Harga minyak pacu ringgit naik 0.23 peratus

KUALA LUMPUR, 23 April -- Peningkatan harga minyak mentah yang menggambarkan prospek lebih positif bagi jangka sederhana turut memacu prestasi ringgit yang dibuka 0.23 peratus lebih tinggi berbanding dolar AS, hari ini.


Serba Dinamik optimis mengenai unjuran walaupun hadapi COVID-19

Oleh Aishah Mohmad Afandi

KUALA LUMPUR, 21 April -- Dalam persekitaran ketidaktentuan global berikutan pandemik COVID-19 yang membawa kepada sekatan pergerakan dan kawalan pergerakan di seluruh dunia, Serba Dinamik Holdings Bhd optimis mengenai unjurannya, terutamanya projeknya yang bernilai RM7.71 bilion di Abu Dhabi.


RAM Ratings semak semula unjuran keseluruhan inflasi kepada 0.0 peratus pada 2020

KUALA LUMPUR, 20 April  -- RAM Ratings menyemak semula unjuran keseluruhan inflasi bagi 2020 kepada 0.0 peratus daripada 0.7 peratus disebabkan terutamanya harga minyak lemah, diskaun bagi bil elektrik isi rumah dan penurunan permintaan. 


Malaysia kekal sebagai peneraju pasaran modal Islam

KUALA LUMPUR, 16 April -- Malaysia terus mengekalkan kedudukan sebagai peneraju dalam pasaran modal Islam (ICM) termasuk sebagai pasaran sukuk terbesar di dunia dan pusat dana Islam yang terkemuka bagi dana dan pengurusan kekayaan Islam.


Firma penyelidikan positif terhadap Serba Dinamik

KUALA LUMPUR, 16 April -- Firma penyelidikan mengekalkan pendirian positif mereka terhadap Serba Dinamik Holdings Bhd selepas syarikat itu meraih projek bernilai RM7.7 bilion di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).


Saham Serba Dinamik naik berikutan raih kontrak di Abu Dhabi

KUALA LUMPUR, 16 April -- Harga saham Serba Dinamik Holdings Bhd meningkat 19 sen kepada RM1.87 pagi ini selepas anak syarikat milik penuhnya, Serba Dinamik International Ltd (SDIL) meraih kontrak pembinaan bernilai RM7.71 bilion di Abu Dhabi.


COVID-19: MAB setuju teruskan penerbangan sektor KL, Kuching, Miri

KUCHING, 14 April -- Malaysia Airlines Berhad (MAB) bersetuju untuk mengekalkan penerbangan seminggu sekali bagi sektor Kuala Lumpur-Kuching-Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur-Miri-Kuala Lumpur bagi tempoh 16 April hingga 14 Mei. 
 


Peningkatan kapasiti, pengoptimuman rangkaian untuk tampung permintaan tinggi jalur lebar - Saifuddin

KUALA LUMPUR, 14 April  -- Peningkatan kapasiti dan pengoptimuman rangkaian sedang giat dijalankan bagi menampung permintaan tinggi jalur lebar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.


Malaysia cadang ASEAN rangka Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19

KUALA LUMPUR, 14 April  -- Malaysia mencadangkan ASEAN merangka Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19 bagi memberi tumpuan bukan sahaja kepada aspek kewangan, bahkan jaringan keselamatan sosial, jaminan makanan dan pendidikan kepada penduduk serantau.


OPEC+ diunjur kurangkan pengeluaran minyak 10 juta tong sehari mulai 1 Mei - OCBC Bank

KUALA LUMPUR, 10 April -- OPEC+ (pengeluar minyak bersekutu Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum) mungkin akan meneruskan pengurangan bekalan sebanyak 10 juta tong sehari (mbpd) mulai 1 Mei, ia akan dikurangkan secara beransur-ansur dalam tempoh 12 bulan, kata seorang ahli ekonomi.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]