KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Eksport gas asli cecair (LNG) Malaysia untuk 2020 dijangka merosot, dengan eksport LNG bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini bernilai sekitar RM23 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata eksport LNG Malaysia untuk 2018 berjumlah RM42 bilion, manakala eksport 2019 berjumlah RM43.5 bilion.
"Seperti yang anda lihat, ada penurunan besar daripada segi nilainya," katanya pada sidang media bersempena Forum ‘the 7th International Energy Forum (IEF)-International Gas Union (IGU) Ministerial Gas’ yang diadakan secara maya, hari ini.
Mengenai Dasar Tenaga Nasional, Mustapa berkata hala tujunya sedang berjalan dan ia akan dilaksanakan pada awal tahun depan.
"Gas adalah komponen penting dalam dasar tersebut dan ia akan meningkatkan kecekapan dan menggalakkan persaingan.
"Seperti banyak negara lain di dunia, kita melihat pengurangan penggunaan arang batu dalam campuran tenaga kita dan gas akan memainkan peranan penting dalam campuran tersebut," katanya.
Malaysia adalah pengeksport LNG kelima terbesar di dunia dan daripada segi rizab, ia berada di kedudukan ke-20.
"Di Malaysia, 30 peratus pengeluaran gas adalah untuk penggunaan domestik dan 70 peratus untuk eksport. Oleh itu, kami adalah pemain utama dan kami teruja dapat menjadi tuan rumah forum tersebut tahun ini," kata Mustapa.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]