Senarai Berita

Empat rentung, seorang masih hilang dalam kebakaran di Pengerang

JOHOR BAHRU, 16 Mac -- Empat ditemui rentung manakala seorang masih hilang dalam kebakaran di Diesel Hydro Treater unit di Pengerang, dekat Kota Tinggi, malam tadi.


Kerajaan lulus peruntukan RM200 juta bina Empangan Jernih - KM Melaka

ALOR GAJAH, 11 Mac  -- Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan kira-kira RM200 juta iaitu tambahan RM36 juta untuk pembinaan Empangan Jernih di sini bagi menyelesaikan isu bekalan air di negeri ini.


Serba Dinamik tidak terkesan ketidaktentuan harga O&G, namun terus memantau

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

KUALA LUMPUR, 10 Mac -- Ketidaktentuan harga minyak dan gas (O&G) tidak akan memberi kesan jangka panjang kepada aktiviti operasi dan penyenggaraan (O&M) Serba Dinamik Holdings Bhd.


AmInvestment Bank semak turun sektor minyak dan gas

KUALA LUMPUR, 9 Mac -- AmInvestment Bank telah menyemak turun sektor minyak dan gas (O&G) kepada 'underweight' iaitu saranan pelabur mengurangkan pegangan saham berbanding 'overweight' atau bernilai tinggi, sebelumnya.


Advanced Energy Mengumumkan Kemudahan Pembuatan Serba Canggih Mereka Yang Baharu Di Asia Tenggara Kini Beroperasi

FORT COLLINS, Colo., 28 Feb (Bernama) -- Advanced Energy Industries, Inc. (Nasdaq: AEIS) – sebuah pemimpin dunia di dalam penyelesaian kejuruteraan, penukaran kuasa berketepatan, pengukuran dan kawalan – mengumumkan bahawa kemudahan terbaharu mereka di Pulau Pinang, Malaysia telah memulakan operasi komersial dan mula menghantar produk kepada pelanggan kami. Terletak di tengah-tengah Asia Tenggara di pantai barat laut negara itu di pinggir Selat Melaka, negeri Pulau Pinang itu telah lama menjadi sebuah pusat perniagaan utama bagi pasaran Eropah dan Timur Tengah, menjadikannya sebuah lokasi yang ideal untuk kemudahan pembuatan Advanced Energy yang canggih.

“Ini adalah masa yang menarik bagi kami ketika kami berkembang di Asia Tenggara untuk memenuhi kehadiran yang meningkat di rantau itu di dalam pengeluaran teknologi,” kata Neil Brinker, naib presiden eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi bagi Advanced Energy. “Dengan pangkalan pelanggan global kami dan portfolio yang luas bagi produk kuasa berketepatan, kami sentiasa menilai cara-cara untuk mengoptimumkan jejak pengeluaran kami dan cara terbaik untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan kami. Kemudahan baharu itu di Pulau Pinang bukan sahaja membolehkan kami untuk lebih dekat secara fizikal dengan sebahagian besar daripada pelanggan kami di rantau itu tetapi juga menyediakan kesinambungan dan kelewahan perniagaan yang lebih besar.”


Untung bersih Serba Dinamik melonjak kepada RM497 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Feb -- Keuntungan bersih Serba Dinamik Holdings Bhd melonjak kepada RM496.64 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019 (TK19) daripada RM391.48 juta pada tahun sebelumnya.


Serba Dinamik peroleh 12 projek baharu setakat tahun ini

KUALA LUMPUR, 4 Feb -- Serba Dinamik Holdings Bhd, menerusi anak syarikatnya memperoleh 12 projek setakat ini pada tahun ini.


Suruhanjaya Tenaga keluar 36 kompaun berjumlah RM3.6 juta kepada TNB

KUALA LUMPUR, 21 Jan -- Suruhanjaya Tenaga (ST) telah mengeluarkan 36 kompaun berjumlah RM3.6 juta kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), pada bulan Disember 2019.


MESTECC sasar 300MW permeteran tenaga bersih tahun ini - Yeo Bee Yin

JASIN, 6 Jan -- Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) menyasarkan kelulusan kuota 300MW untuk program pemeteran tenaga bersih (NEM) tahun ini.


SEDA kukuhkan pertumbuhan tenaga boleh diperbaharui pada 2019

KUALA LUMPUR, 4 Jan -- Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia telah meluluskan kuota 108MW untuk program pemeteran tenaga bersih (NEM) terkumpul untuk tempoh sehingga November 2019.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]