Senarai Berita

Graduan politeknik peneraju ke arah Revolusi Industri 4.0

KUCHING, 5 Dis (Bernama) -- Graduan politeknik merupakan peneraju latihan dan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET)  ke arah Revolusi Industri 4.0 di negara ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Kuching, Datuk Dr Ir. Mohd Abdul Karim Abdullah.


Pelaburan RM100 juta POIC dengan syarikat Jepun ditandatangani

KOTA KINABALU, 4 Dis -- Misi pelaburan Sabah ke Jepun berjaya memuktamadkan perjanjian pelaburan sebanyak RM100 juta daripada Blue Capital Management Co Ltd (Blue Capital), sebuah syarikat dari Tokyo yang terlibat dalam penggunaan tenaga biojisim.


Kadar semasa tarif elektrik pengguna domestik kekal

KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Kadar efektif tarif elektrik di Semenanjung Malaysia  bagi pengguna domestik akan dikekalkan manakala kadar surcaj pengguna komersial dan industri diturunkan bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun, 2020.


Orang ramai dinasihat waspada bahaya elektrik ketika banjir

PUTRAJAYA, 3 Dis -- Suruhanjaya Tenaga (ST) menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada terhadap bahaya elektrik ketika banjir dan mengambil langkah-langkah persediaan bagi mencegah sebarang kemalangan berpunca dari elektrik.


FLNG Ketiga Petronas akan dibina jika wujud permintaan

GEOJE (Korea Selatan), 2 Dis -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), yang merupakan satu-satunya syarikat yang memiliki dan mengendalikan dua kemudahan terapung gas asli cecair  (LNG) tidak menolak untuk menempah kapal yang ketiga jika wujud permintaan.


POIC Lahad Datu tarik pelaburan RM300 juta dari Jepun

KOTA KINABALU, 1 Dis -- Misi perdagangan Sabah ke Jepun yang diketuai oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mencatatkan kejayaan selepas dua firma tenaga melahirkan minat untuk melabur dalam sektor tenaga yang boleh diperbaharui di negeri ini, terutamanya biojisim.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal - MOF

KUALA LUMPUR, 29 Nov -- Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengumumkan harga runcit petrol RON97 kekal RM2.66 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter, bagi tempoh 30 Nov sehingga 6 Dis.


Malaysia berharap Korea Selatan longgarkan peraturan import tocotrienols

SEOUL, 28 Nov  -- Malaysia bukan sahaja menghargai minat yang ditunjukkan Korea Selatan untuk membeli minyak kelapa sawitnya, bahkan berharap ia melonggarkan peraturannya mengenai pengimportan tocotrienols (vitamin E sawit) yang terdapat dalam komoditi tersebut.


Korea Selatan dijangka gantung operasi loji berkuasa arang batu pada musim sejuk

SEOUL, 28 Nov -- Korea Selatan pada Khamis berkata ia akan menggantung operasi loji berkuasa arang batu pada musim sejuk bagi mengurangkan pelepasan debu halus, lapor agensi berita Yonhap.


MARii tarik projek perladangan ternakan dengan potensi pelaburan AS$2 bilion

Daripada Mohd Khairi Idham Amran

SEOUL, 28 Nov -- Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bekerjasama dengan konsortium yang terdiri daripada syarikat Malaysia dan Korea Selatan untuk membawa projek ternakan bersepadu berskala besar dan projek penjanaan tenaga boleh baharu (RE) ke Sabah. yang boleh menjana pelaburan sehingga AS$2 bilion (AS$1= RM4.17) dalam tempoh lima tahun akan datang.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]