KUALA LUMPUR, 7 Sept -- Samaiden Group Bhd (SAGB) memeterai perjanjian penajajaminan dengan Alliance Investment Bank Bhd (AIBB), penasihat prinsipal, penaja, penaja jamin tunggal dan ejen penempatan bagi tawaran awam permulaan (IPO) bagi SAGB.
SAGB menerajui penyenaraian di Pasaran ACE dengan IPO merangkumi terbitan awam 61.16 juta saham baharu.
Daripada jumlah itu, AIBB akan menaja jamin 16.8 juta saham yang dibuka untuk permohonan kepada orang awam dan yang diperuntukkan kepada pengarah yang layak, pekerja dan mereka yang menyumbang kepada kejayaan SAGB.
Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Urusan kumpulan SAGB, Chow Pui Hee berkata perjanjian itu ditandatangani hari ini sekali gus membuktikan satu lagi kejayaan kepada kumpulan itu.
“Pandemik COVID-19 dan landskap ekonomi global yang tidak menentu tidak menghalang langkah kami yang berikutnya dalam perjalanan korporat berikutan kami terus mengubah kedudukan sebagai satu daripada penyedia perkhidmatan kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) di peringkat tempatan selain menembusi pasaran antarabangsa, bermula di Vietnam,” katanya.
Di peringkat tempatan, Samaiden terlibat dalam projek fotovolta solar di bawah Tarif Galakan (FiT), Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) dan Solar Berskala Besar (LSS).
Pada masa depan, kumpulan itu akan terus menyertai program LSS untuk mencapai potensi pertumbuhannya dan terus memperkukuh kedudukan kewangan dengan memanfaatkan pengalaman terdahulu, katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]