KOTA KINABALU, 19 Nov -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu supaya isu tuntutan kerajaan negeri terhadap royalti petroleum daripada kerajaan persekutuan diselesaikan tahun depan.
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Malaysia dan negara-negara pengeluar minyak sawit lain tidak boleh berdiam diri atau teragak-agak untuk mengambil tindakan balas sekiranya negara pengimport memilih untuk mengenakan halangan perdagangan yang berdiskriminasi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
KUANTAN, 19 Nov -- Kerajaan negeri Pahang hari ini mengesahkan bahawa kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) telah mengemukakan permohonan bagi membina tapak pelupusan kekal (PDF) di negeri ini.
KUALA LUMPUR, 18 Nov -- Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) hari ini melancarkan sistem Menjejak Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) (Aplikasi MSPO Trace), sebuah platform pemantauan pensijilan berterusan pada keseluruhan rantaian nilai minyak sawit, daripada penanam sehinggalah kepada pelanggan.
KUALA LUMPUR, 18 Nov -- Tiga negara pengeluar minyak sawit, Nigeria, Papua New Guinea (PNG) dan Honduras, dijangka menyertai Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) dalam tempoh terdekat.
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 18 Nov -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan, Serba Dinamik Holdings Bhd merancang untuk mencari peluang bagi projek penyelenggaraan pintar pada tahun depan, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Dr Mohd Karim Abdullah.
KUALA LUMPUR, 15 Nov -- Langkah Perancis menangguhkan sehingga 2026 untuk menamatkan manfaat cukai ke atas minyak sawit yang sepatutnya berakhir tahun depan, merupakan berita gembira kepada negara pengeluar minyak sawit seperti Malaysia, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim.
KUALA LUMPUR, 15 Nov -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan merasmikan kongres minyak sawit terbesar dunia, Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), yang akan berlangsung dari 19 hingga 21 Nov ini.
KUALA LUMPUR, 15 Nov -- Lapan stesen penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang melibatkan jumlah keluasan ladang sebanyak 6,456.1 hektar telah menerima pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
KUALA LUMPUR, 14 Nov -- Solarvest Holdings Bhd yang dijadual disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 26 Nov, hari ini mengumumkan bahagian awam tawaran awam permulaannya (IPO) terlebih langgan sebanyak 35 kali.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]