KUALA LUMPUR, 30 Jun -- Anak syarikat Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) di luar negara berjaya memperoleh tiga kontrak di Indonesia dan Zambia dengan gabungan nilai kontrak kira-kira US$126.8 juta (kira-kira RM543.5 juta).
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata satu kontrak diraih di Indonesia menerusi PT Serba Dinamik Indonesia yang merupakan anak syarikat dengan kepentingan 75 peratus oleh Serba Dinamik International Ltd yang juga anak syarikat milik penuh SDHB.
Kontrak itu meliputi kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian bagi PT Polytama Propindo.
Dua kontrak Platform Digital di Zambia pula diperoleh menerusi SDIT International Ltd, unit milik penuh Serba Dinamik IT yang juga unit milik penuh SDHB.
SDHB berkata ia juga telah meraih tujuh kontrak domestik bagi kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan menerusi anak syarikat milik penuhnya, Serba Dinamik Sdn Bhd.
Menurutnya, kontrak-kontrak itu tidak mempunyai nilai khusus kerana berasaskan ‘call-out’ yang mana arahan kerja diberi mengikut budi bicara pelanggan berdasarkan jadual aktiviti dan kadar bagi tempoh sepanjang kontrak berkenaan.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]