KUALA LUMPUR, 25 Jun -- Sapura Energy akan mengurangkan kira-kira 20 peratus daripada 4,000 pekerja sepenuh masanya di serata dunia yang terdiri daripada 63 peratus berstatus kontrak manakala baki adalah petugas tetap.
Syarikat itu menggaji lebih 10,000 pekerja.
“Adalah wajar untuk menetapkan saiz organisasi yang bertepatan mengikut strategi perniagaan yang lebih fokus, jangkaan serta mengurus kitaran semula jadi industri minyak dan gas. Kami telah mencuba sedaya upaya untuk menangguhkan keputusan ini, namun ia tidak dapat dielakkan pada saat ini,” demikian menurut e-mel daripada Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Shahril Shamsuddin.
E-mel edaran dalaman yang dihantar pada lewat petang ini turut dikongsi oleh pihak Komunikasi Korporat Sapura Energy dengan media.
Pada akhir April lepas, Sapura Energy telah mengumumkan langkah potongan gaji yang membabitkan satu pertiga daripada tenaga kerjanya.
Ini membabitkan potongan gaji sebanyak 50 peratus bagi barisan pimpinannya manakala mereka yang menerima gaji kurang RM10,000 telah dikecualikan.
Langkah tersebut telah membantu Sapura Energy dari segi mengurangkan kos pekerja sebanyak kira-kira 7.5 peratus.
Selain itu, Sapura Energy turut memperuntukkan tambahan RM1 juta bagi membantu mereka yang terjejas untuk beralih kepada kerjaya seterusnya.
Ini termasuk lanjutan perlindungan perubatan bagi tempoh tiga bulan berikutnya, membantu aspek penjenamaan diri, keterangan atau maklumat diri, kemahiran bagi sesi temu duga, jaringan dan petunjuk kerja bagi melonjakkan peluang karier baharu.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]