Senarai Berita

Harga RON97 turun 4 sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 22 Nov  -- Harga runcit petrol RON97 turun empat sen kepada RM2.66 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 Nov.


Syarikat tempatan peroleh momentum dalam industri minyak dan gas luar pantai global

LABUAN, 22 Nov -- Syarikat tempatan, Thunder Cranes Group, memperoleh kontrak bernilai berjuta-juta dolar daripada Chevron Corporation untuk menyediakan perkhidmatan mengangkat bagi kerja-kerja pemasangan dan peninggalan mereka yang melibatkan kira-kira 3000 telaga di Teluk Thailand.


PIPOC 2019 cetus harapan bermakna untuk industri minyak sawit pada 2020

Oleh Nurul Hanis Izmir

KUALA LUMPUR, 22 Nov -- Industri minyak sawit melihat 2020 sebagai tahun yang sangat bermakna ekoran pelbagai tumpuan oleh kerajaan, agensi dan pihak berkepentingan ke atas kemampanan minyak sawit, sudah mula membuahkan hasil.

Hibiscus Petroleum akan laksana pengumpulan dana, pendapatan Q1 susut ketara

KUALA LUMPUR, 22 Nov -- Hibiscus Petroleum Bhd dijangka melaksanakan aktiviti pengumpulan dana dalam tempoh enam bulan akan datang bagi memperoleh lebih banyak aset, terutama di Asia Tenggara.


PETRONAS tingkatkan usaha perkukuh kedudukan di India

KUALA LUMPUR, 22 Nov -- Syarikat minyak nasional Malaysia, PETRONAS meningkatkan usaha untuk mengukuhkan kedudukan perniagaannya di India dengan menyediakan penyelesaian yang lebih inovatif dan bersesuaian, yang menambah nilai kepada aspirasi tenaga negara.


Lima syarikat petroleum akan tingkatkan kemudahan campuran biodiesel

KUALA LUMPUR, 21 Nov -- Lima syarikat petroleum menandatangani memorandum perjanjian dengan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi menaik taraf kemudahan campuran biodiesel di 35 terminal petroleum di seluruh Malaysia.


Untung bersih Petronas Gas jatuh 13.64 peratus kepada RM431.59 juta

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Keuntungan bersih Petronas Gas Bhd bagi suku ketiga menyusut 13.64 peratus kepada RM431.59 juta daripada RM499.81 juta pada suku sebelum ini dalam keadaan perolehan yang rendah dan kos membaiki dan penyenggaraan yang tinggi.


India akan sentiasa bergantung kepada Malaysia untuk minyak sawit - Pakar

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- India akan sentiasa bergantung kepada Malaysia untuk memperoleh minyak sawit, kerana komoditi itu merupakan minyak makan paling murah di dunia.


Isu royalti, bayaran tunai petroleum dan gas dibincang Disember ini

KUCHING, 19 Nov -- Isu mengenai bayaran royalti dan pembayaran tunai bagi petroleum dan gas akan dibincangkan secara berasingan antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak.

Dr M lancar teknologi ekstrak fenolik sawit berkelas dunia MPOB

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melancarkan teknologi mengekstrak fenolik sawit berkelas dunia yang dibangunkan oleh ahli sains di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]