Berita

Vizione mulakan langkah pertama ke dalam tenaga boleh diperbaharui



KUALA LUMPUR, 9 Ogos  -- Kumpulan Kejuruteraan pembinaan bersepadu, Vizione Holdings Bhd (Vizione) mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Vizione Energy Sdn Bhd (VESB), telah memperolehi kepentingan sebanyak 75 peratus dalam Tunjang Tenaga Sdn Bhd (TTSB) pada harga RM150,085.

Vizion dalam satu kenyataan berkata TTSB memegang 80 peratus kepentingan dalam SDF Hydro Sdn Bhd (SDF) dengan bakinya, dipegang oleh Menteri Besar Incorporated Kedah. 

SDF pada 24 Dis tahun lepas menerima kelulusan tarif galakan daripada Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) bagi mengendalikan loji jana kuasa hidro berkapasiti 9.6 megawatt di Empangan Pedu, Kedah untuk tempoh 21 tahun bermula dari tarikh permulaan tarif galakan yang dijadualkan. 

Dalam pengumuman yang sama, Vizione berkata anak syarikat milik penuhnya, Vizione Construction Sdn Bhd (VCSB), pada hari yang sama turut mendapat kontrak pertama mereka dalam tenaga boleh diperbaharu (RE) yang bernilai RM90 juta daripada SDF membabitkan cadangan reka bentuk, pembinaan, pengujian dan pentauliahan empangan hidro kecil 9.6 MW di Empangan Pedu.

Tempoh kontrak adalah selama 48 bulan mulai 7 Ogos, 2020 dan dijangka siap pada 8 Ogos 2024. 

Pengarah Urusan Vizione Datuk Ng Aun Hooi berkata: “Kontrak ini akan menyumbang kepada pendapatan kami untuk sepanjang empat tahun kewangan akan datang. 

“Pasca penyiapan pembinaan, kami juga akan mengendalikan empangan tenaga hidro kecil selama 21 tahun dengan jumlah pendapatan dianggarkan sebanyak RM245 juta. Ini memberikan pendapatan berulang dan meningkatkan keterlihatan pendapatan kami ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata dengan pemberian kontrak terbaharu ini, tempahan dalam tangan kumpulan kini berada pada kira-kira RM2 bilion. 

Ng menambah, terdapat banyak peluang dalam segmen tenaga boleh diperbaharui memandangkan Malaysia mahu meningkatkan RE dalam gabungan penjanaan kepada 20 peratus menjelang 2025 berbanding hanya lapan peratus pada 2019.

“Mengambil kesempatan daripada pertumbuhan ini, kami mempunyai sasaran untuk mendapatkan projek tenaga bersih bernilai sehingga RM1 bilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun yang akan datang, sama ada secara bersendirian atau melalui usaha sama strategik. Kami percaya sasaran kami adalah satu matlamat yang boleh dicapai," katanya.

 -- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]