Berita

Kerugian bersih MHB meningkat susulan kerugian susut nilai RM300 Juta



KUALA LUMPUR, 23 Julai -- Kerugian bersih Malaysia Marine & Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) meningkat kepada RM397.02 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2020 daripada kerugian bersih RM9.48 juta pada suku yang sama 2019 berikutan ia mengiktiraf kerugian susut nilai bernilai RM300 juta.

MHB yang merupakan 66.5 peratus milik anak syarikat Petronas, MISC Bhd berkata kerugian susut nilai hartanah, kilang dan peralatan serta aset hak penggunaan adalah berikutan kemerosotan permintaan terhadap minyak dan tenaga disebabkan pandemik COVID-19.

Ia berkata keadaan itu mengakibatkan kebanyakan syarikat minyak dan gas menangguhkan projek huluan dan mengurangkan perbelanjaan modal masing-masing.

MHB menyokong industri minyak dan gas menerusi penyelesaian seperti pembinaan kemudahan luar pesisir dan di daratan serta pembaikan kapal marin.

"Tambahan pula, kemerosotan itu dianggap perlu dengan keadaan pemulihan dalam industri ini yang dijangkakan berlarutan disebabkan situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Perolehan bagi suku yang sama merosot 44 peratus tahun ke tahun kepada RM155.31 juta berikutan sumbangan rendah daripada segmen perniagaan kejuruteraan berat dan marin.

Bagi separuh tahun pertama, MHB merekodkan kerugian bersih berjumlah RM390.89 juta manakala perolehan sebanyak RM501.75 juta.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Wan Mashitah Wan Abdullah Sani menerusi kenyataan media berkata segmen kejuruteraan berat mencatatkan peningkatan perolehan sebanyak RM338.8 juta daripada RM277.3 juta bagi tempoh yang sama sebelumnya didorong perolehan tinggi daripada projek yang sedang dijalankan.

"(Bagaimanapun) segmen ini merekodkan kerugian operasi yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM68.5 juta dalam tempoh semasa berbanding dengan kerugian RM43.7 juta bagi tempoh yang sama sebelumnya, terutama disebabkan oleh kos tambahan dan overhed lebih tinggi yang tidak diserap susulan pandemik COVID-19 berjumlah RM90 juta," katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


 




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]