Senarai Berita

Pestech raih kontrak bekalan meter pintar dan penghantaran RM38.37 juta daripada TNB

KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Anak syarikat Pestech International Bhd, Pestech Sdn Bhd meraih kontrak bekalan meter pintar dan penghantaran bernilai RM38.37 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Menteri minyak India hadiri pameran petroleum di UAE

NEW DELHI, 11 Nov -- Menteri Petroleum dan Gas Asli India Dharmendra Pradhan akan berkunjung ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 10 hingga 12 Nov bagi menghadiri sesi sulung peringkat menteri Persidangan dan Pameran Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC), lapor agensi berita China Xinhua memetik sumber rasmi pada Ahad.

Stok minyak sawit Malaysia susut 4.1 peratus pada Oktober 2019

KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Jumlah stok minyak sawit Malaysia susut 4.1 peratus kepada 2.348 juta tan pada Oktober 2019 daripada 2.448 juta tan yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.


Petronas anjur simposium pertama bendalir EV di Itali

KUALA LUMPUR, 10 Nov -- Petronas Lubricants International (PLI) yang juga cabang pengeluar dan pemasaran minyak pelincir global Petronas, menganjurkan Simposium Bendalir Kenderaan Elektrik (EV) buat julung kali di Pusat Penyelidikan dan Teknologi Global (R&T) miliknya  di Turin, Itali pada 7 Nov.


20 syarikat Malaysia sertai ekspo petroleum antarabangsa Abu Dhabi

KUALA LUMPUR, 9 Nov -- 20 syarikat Malaysia akan menyertai Pameran dan Persidangan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC) 2019 menerusi Misi Peningkatan Eksport Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) ke Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mulai 11 hingga 14 Nov.

Minyak sawit: Malaysia tinjau peluang tembusi pasaran benua Afrika

Oleh Norsyafawati Ab Wahab

PUTRAJAYA, 8 Nov  -- Kementerian Industri Utama sedang meninjau peluang untuk minyak sawit Malaysia menembusi pasaran di benua Afrika yang dihuni 1.2 bilion penduduk malah usaha tersebut didorong pertumbuhan ekonomi rancak yang dicatatkan beberapa negara di rantau itu, kata Menteri Teresa Kok Suh Sim.


Industri minyak sawit perlu tingkatkan ketelusan - RSPO

KRABI, 8 Nov -- Anggota Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Mampan (RSPO) perlu meningkatkan lagi ketelusan berhubung pengeluaran minyak sawit dan keluasan kawasan tanaman itu serta membuat penambahbaikan terhadap stuktur korporat, jaringan rantaian bekalan dan aliran perdagangan, kata Pengerusi Bersama Anne Rosenbarge.

Petronas akan terus galak penggunaan gas pada masa depan

KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan terus menggalakkan penggunaan gas sebagai sumber bahan api bersih, berbanding bahan api pepejal dan cecair.


Kemampanan penting untuk masa depan minyak sawit

Daripada Nurul Hanis Izmir

KRABI, 7 Nov  -- Pematuhan sepenuhnya terhadap aspek kemampanan oleh negara pengeluar minyak sawit merupakan satu-satu cara untuk menjamin masa depan industri itu dan sekaligus memainkan peranannya dalam menangani perubahan iklim, kata Ketua Pengarah Eksekutif United Plantations Bhd (UP) Datuk Carl Bek-Nielsen.


TNB buat persiapan rapi hadapi banjir musim tengkujuh

KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membuat persiapan rapi dalam menghadapi bencana banjir pada musim tengkujuh ini, termasuk bagi meminimumkan kerosakan pepasangan TNB.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]