Senarai Berita

Unjuran harga minyak dalam Belanjawan 2020 lebih realistik - ocbc

OCBC Bank (Malaysia) Bhd menyifatkan Belanjawan 2020 bersandarkan unjuran harga minyak mentah Brent yang lebih realistik iaitu pada US$62 setong berbanding US$72 setong sebelum ini.


Pengecualian cukai pendapatan dan GITA sehingga 10 tahun untuk aktiviti pajakan solar

KUALA LUMPUR, 11 Okt --  Syarikat yang menjalankan aktiviti pajakan solar akan diberi Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) serta pengecualian cukai pendapatan sehingga 10 tahun di bawah Belanjawan 2020, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. 


Kurang tenaga kerja antara cabaran pertanian kelapa sawit di Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 Okt  -- Kekurangan tenaga kerja, kebergantungan yang tinggi terhadap pekerja asing, kawasan tanaman yang terhad merupakan antara cabaran yang dihadapi dalam subsektor pertanian kelapa sawit.


Seoul menang anugerah antarabangsa C40 untuk projek tenaga boleh baharu

SEOUL, 11 Okt -- Kerajaan metropolitan Seoul memenangi anugerah antarabangsa untuk projek tenaga boleh baharu yang dilaksanakan negara itu sebagai langkah menangani perubahan iklim, lapor agensi berita Yonhap.

McDonald's sedia RM60 juta untuk inisiatif hijau

KUALA LUMPUR, 11 Okt–McDonald's Malaysia memperuntukkan RM60 juta untuk memperoleh peralatan cekap tenaga (EE) dan tenaga boleh baharu (RE) untuk 200 restorannya dalam tempoh lima tahun akan datang.


Saham berkaitan Petronas meningkat selepas kejayaan bidaan di Brazil

KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Saham berkaitan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) diniagakan lebih tinggi di bursa tempatan susulan kejayaannya memenangi tiga blok cari gali semasa pusingan bidaan blok cari gali Brazil yang diadakan di Rio de Janeiro semalam.


Petronas menangi tiga blok cari gali dalam pusingan bidaan Brazil

KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Syarikat minyak dan gas negara, Petronas menerusi anak syarikatnya, Petronas Petróleo Brasil Ltda (PPBL) memenangi tiga blok cari gali dalam pusingan bidaan blok cari gali Brazil yang diadakan di Rio de Janeiro semalam.


Pensijilan MSPO amat penting kepada pengguna - Duta Perancis

Laporan eksklusif oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) penting untuk memulihkan kepercayaan pengguna, termasuk di Kesatuan Eropah (EU), mengenai kemampanan minyak sawit dan rantaian pengeluarannya yang lebih mesra alam.


CYpark bekerjasama dengan MBI Kedah & NS Corp pacu pertumbuhan pasaran RE

KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Cypark Resources Bhd memeterai dua Memorandum Usaha Sama Perniagaan (MoBC) dengan Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah)  dan Negeri Sembilan Corporation (NS Corp) untuk meningkatkan pertumbuhan pasaran tenaga boleh diperbaharui (RE) menerusi pemeteran tenaga bersih (NEM) yang disokong kerajaan dan potensi inisiatif Rakan Setara (P2P).


Subsidiari WZ Satu bekalkan tenaga mesra alam kepada TNB

KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Subsidiari WZ Satu Bhd, WZS Biogas Jerantut Sdn Bhd, akan membekalkan tenaga hijau yang dijana melalui cadangan loji tenaga biogas di Jerantut, Pahang kepada Tenaga Nasional Bhd untuk 21 tahun.



    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]